Pengumuman 

Selamat Hari Jururawat Sedunia, Hari iBU dan Hari Guru 2012

Ucapan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin Sempena Majlis Makan Malam Dan Ramah Mesra Bersama NGO Dan Profesional Muda

Posted by on 24 March 2010 | 0 Comments

Bismillah Hir Rahman Nir Rahim,

Assalamualaikum Wrt. Wbt,

YB. Dato: Seri Hishammudin Tun Hussein Onn,
Menteri Dalam Negeri Merangkap Naib Presiden UMNO Malaysia,

YB. Dato’Ahmad Maslan,
Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri merangkap Ketua Peneranagan UMNO Malaysia,

Puan Shahanim Yusuf
Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia

Barisan Exco dan ketua-Ketua Puteri UMNO Negeri

Rakan-Rakan dari Badan Bukan Kerajaan

Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati sekalian,

1.    Alhamdulillah, di panjatkan kesyukuran ke hadrat Allah swt kerana dengan izin serta limpah kurnia-Nya maka kita dapat dipertemukan pada Majlis Makan Malam Dan Ramah Mesra Bersama NGO dan Profesional Muda.

2.    Saya Juga merasa bertuah dan ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Hishammuddin Hussein- Naib Presiden UMNO dan juga Menteri Dalam Negeri kerana kesudian beliau untuk hadir merasmikan majlis yang sememangnya ditunggu-tunggu oleh kita semua. Di sebalik kesibukan beliau, namum YB Dato’ Seri amat komited sekali untuk bersama-sama dengan kita untuk meluangkan masa, berkongsi pengalaman dan pengetahuan malam ini. Terima Kasih Dato’ Seri.


3.    Dalam masa yang sama juga, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian semua yang hadir pada malam ini. Sesungguhnya saya dapat merasakan semangat tuan-tuan dan puan-puan yang berada di dewan ini, semangat orang-orang muda yang vibrant, full of idea and creativity’. Orang-orang muda yang bakal menjadi tonggak Negara.

Rakan- rakan yang dihormati,

4.    Izin saya menyentuh serba sedikit tentang Biro NGO dan Profesional Muda yang melandasi pertemuan kita pada malam ini.

5.    Biro NGO dan Profesional Muda yang ditubuhkan pada April 2009 hanya akan mencapai usia setahun pada bulan hadapan. Berbekalkan matlamat untuk mendekati pertubuhan bukan kerajaan dan professional muda di Negara ini, maka tercetusnya idea penubuhan biro seperti ini.Ia juga selaras dengan usaha untuk menjadikan peranan Pergerakan Puteri UMNO lebih versetial dan tidak terhad kepada gerakan-gerakan politik semata-mata.


6.    Kita semua tahu bahawa perjuangan Perjuangan Pergerakan Puteri UMNO mempunyai ruang lingkup yang lebih besar malah sentiasa berteraskan kepada objektif Puteri Sayang Negara dan Semua Sayang Negara. Maka saya percaya dengan menubuhkan biro seumpama itu maka laluan serta ruang untuk mencapai matlamat tersebut dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan teratur.

7.    Pemuda harapan bangsa, pemudi tiang Negara kata-kata itulah yang menjadi pemangkin kepada Biro NGO dan Profesional Muda ini untuk memainkan peranan mendekati golongan muda yang terdiri daripada professional Melayu dan NGO termasuk yang mewakili pelbagai pihak seperti mahasiswa, usahawan, kaum wanita dan sebagainya.


8.    Kita sebagai pewaris Negara haruslah berjuang bukan atas retorik politik semata-mata, namun kita haruslah sama-sama bangkit berjuang untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara contoh yang mengalu-alukan peranan dan sumbangan masyarakatnya lebih-lebih lagi oran-orang muda.

9.    Malah, saya menyifatkan biro yang pertama ditubuhkan sepanjang sejarah penubuhan Pergerakan Puteri UMNO ini sebagai serampang dua mata iaitu mendekati golongan professional moda dan NGO dalam pelbagai bidang dan pada masa yang sama membawa “ jiwa, idea dan impian” mereka ke dalam perjuangan kita untuk bersama – sama menjadi peneraju kearah mencapai matlamat Negara.

Rakan-rakan seperjuangan

10.    Saya percaya adalah satu jerugian jika kesempatan untuk mendekati professional muda dan NGO disia-siakan lantaran sumbangan serta peranan mereka untuk memartabatkan kedudukan agama, bangsa dan sangat penting.

11.    Saya sangat berharap Biro NGO dan professional Muda dapat memainkan peranan serta serta melaksanakan fungsi mereka dengan berkesan terutamanya dalam memastikan generasi muda sekarang ini mampu menggalas tanggungjawab sebagai barisan kepimpinan pada masa akan dating. Pelbagai aktiviti mesti disusun dan dilaksanakan supaya kelak jalinan hubungan antara Pergerakan Puteri UMNO dengan NGO dan Profesional Muda benar-benar dapat dimanfaatkan untuk kebaikan kita semua.


12.    Semoga malam ini menjadi titik permulaan untuk kita Pergerakan Puteri UMNO, NGO dan Profesional muda menjalin hubungan dan kerjasama yang lebih erat demi masa depan agama, bangsa dan Negara.

13.    Saya juga beharap peluang untuk duduk semeja dan berbincang secara santai malam ini akan dapat merapatkan hubungan antara ahli-ahli Pergerakan Puteri UMNO dengan NGO dan Profesional Muda supaya kelak akan terpateri satu bentuk kerjasama  yang lebih padu dan jitu.


14.    Kesempatan bersama Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kita semua kasihi juga diharap akan membuka ruang kepada badan-badan pertubuhan bukan kerajaan dan prefesional muda untuk mengemukakan sebarang kemusykilan semasa sesi dialog bersama beliau.

15.    Sebelum menutup terai bicara, saya sekali lagi mengucapkan ribuan terima kasih kepada YB Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein kerana hadir pada majlis malam ini di sebalik jadual yang padat.


16.    Rakaman terima kasih juga kepada Biro NGO dan Profesional Muda yang bekerja Keras menjayakan pertemuankita malam ini.

17.    Semoga pertemuan yang pertama ini akan disusuli dengan siri pertemuan dan percambahan minda untuk kita semua sebagai golongan muda yang menyumbang bakti dan kepada agama, bangsa dan negaraselaras dengan Gagasan 1Malaysia.

18.     sekian, terima kasih.


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial