Solat Hajat Untuk Palestin
Posted by Admin on 8 June 2010 | 0 Comments

Kuala Lumpur,7 jun.Pergerakan Puteri UMNO Malaysia dengan kerjasama Puteri UMNO wilayah telah mengadakan solat hajat dan Bacaan Yasin di Masjid Jamek Kampung Baru semalam.Majlis tersebut dimulakan dengan solat magrib diikuti dengan bacaan yasin, solat isyak dan di akhiri dengan solat hajat.Majlis dirasmikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia iaitu YB. Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin. Dianggaran seramai 600 jemaah memenuhi ruang musollah untuk majlis ini.