Pengumuman 


Skuad Bencana Alam Puteri Sabah Bantu Mangsa Banjir

Posted by admin on 21 January 2010 | 0 Comments

  Skuad Bencana Alam Puteri UMNO Sabah telah menghulurkan sumbangan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas semalam. Program ini merupakan anjuran Pergerakan Puteri UMNO Sabah bersama Pergerakan Puteri UMNO Malaysia. Skuad tersebut diketuai oleh Ketua Puteri UMNO Sabah, Hajah Musliati Moslimin.
Rombongan ini disertai Bendahari Puteri UMNO Sabah, Effaridun Ismail (Tuaran), Exco Puteri UMNO Malaysia, Dayang Maimunah Sidek (Sipitang) Redonah Bahanda (Kota Marudu), Normala Rasik (Kudat), Ketua Pemuda UMNO Kudat, Sahar Anding, Setiausaha Kerja Jurin Abdullah, Puteri UMNO Kota Belud, Puteri UMNO Kota Marudu, Puteri UMNO Kudat, Pemuda Kota Belud dan Pemuda Kudat.
Menurut Musliati, Skuad Bencana Alam Puteri UMNO Sabah telah menyampaikan bantuan makanan keperluan asas.
Di Kota Belud Skuad tersebut telah menyerahkan sumbangan 19 keluarga mangsa banjir di Dewan Masyarakat Tun Said Keruak, 25 keluarga di Dewan SMK Taun Gusi, Kota Belud.
Puteri UMNO Sabah turut menyumbangkan wang ringgit kepada Bencana Alam Daerah Kota Marudu dan melawat 4 buah rumah yang dilanda banjir di Kampung Tarangkapas, Kota Marudu.
Sementara itu di Pitas, 90 keluarga banjir menerima sumbangan keperluan makanan dan beras daripada Puteri UMNO Kudat di Dewan Kampung Kunsilad, Pitas.

Location: Kota Belud, Kota Marudu dan Pitas

Sumber dari Liza Din's facebook

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial