Selamat Tahun Baru Cina 2010
Posted by on 13 February 2010 | 1 Comments
Kepada semua rakyat Malaysia,
Saya dan Pergerakan Puteri UMNO Malaysia ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina 2010 kepada semua rakyat Malaysia yang meraikannya. Tahun harimau pada tahun ini memberi makna besar kepada seluruh rakyat Malaysia agar terus bersemangat waja dan lebih berani dalam apa sahaja yang dilakukan agar hasrat gagasan 1Malaysia dapat dicapai dengan sempurna.
Mengikut kepercayaan orang Cina, tahun harimau yang jatuh pada tahun ini mampu membawa perubahan besar dan dianggap tempoh terbaik untuk melangkah memburu kejayaan. Semoga semangat tahun harimau ini mampu menjadi inspirasi kepada Pergerakan Puteri Umno agar terus berusaha dalam menjayakan setiap perancangan yang telah diatur.
Sempena cuti sambutan tahun baru cina ini saya berharap agar pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati dan kemastikan keselamatan diri dan orang-orang tersayang.
Gong Xi Fa Chai….