Selamat Hari Jururawat Sedunia
Posted by YB Datuk Rosnah Hj. Abdul Rashid Shirlin on 12 May 2010 | 1 Comments
Assalamualaikum w. r.t dan salam sejahtera…
Syukur ke hadrat Illahi kerana kita sentiasa diberikan kesihatan yang baik dan saya mendoakan kesejahteraan semua.Kesempatan ini saya ingin mengucapkan tahniah di atas sambutan Hari Jururawat yang diadakan pada hari ini khusus untuk mengenang jasa para jururawat yang sentiasa bersedia bila sahaja perkhidmatan atau bantuan dari mereka diperlukan.
Jumlah jururawat di Negara ini adalah seramai 83,802 orang, merupakan kumpulan yang terbesar di kalangan penjawat awam di Malaysia. Mereka merupakan tulang belakang dalam sektor perubatan dan kesihatan di Negara kita dan sentiasa berganding bahu dengan para doktor dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada rakyat. Justeru itu, jururawat dilihat sebagai anggota kesihatan, barisan hadapan yang mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat. Oleh itu, jururawat adalah juga merupakan “role modal “ untuk penjagaan kesihatan kepada orang awam keseluruhannya.
Oleh yang demikian, saya menyeru kepada semua jururawat agar mengamalkan sikap berbudi bahasa dan sentiasa senyum dalam melaksanakan tugas harian. Senyum-senyumlah selalu kerana senyuman menyerlahkan keceriaan dan wajah yang ceria mampu mengubati kesakitan pesakit dan wajah yang ceria juga menjadi semangat kepada rakan-rakan sekerja
Bunga melati harum mewangi,
Di susun berselang di atas dulang,
Khidmat mereka amatlah dihargai,
Jururawat cemerlang, Negara gemilang.