Pengumuman 


Sate Ayam

Posted by Admin on 7 October 2009 | 1 Comments

Tags:

BAHAN-BAHAN

1 ekor ayam (diambil daging dan dipotong kecil)
200 gm bawang putih
500 gm bawang besar
200 gm halia
300 gm lengkuas
5 batang serai
30 gm jintan putih
1 cawan gula pasir
5 sudu teh garam
Sedikit cecair pewarna merah
Lidi secukupnya


BAHAN UNTUK KUAH SATE :

½ kilo kacang tanah (digoreng dan di tumbuk kasar)
7 ulas bawang besar
4 ulas bawang putih
1 ½ inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai
5 tangkai cili kering (dikisar berasingan)
2 sudu air asam jawa
Sedikit garam dan gula sebagai penyedap rasa
CARA MEMBUATNYA :

1. Perap ayam bersama bahan-bahan tadi selama lebih satu jam.
2. Cucuk ayam dengan lidi kemudian bakar hingga masak.


CARA MEMBUAT KUAH :

1. Tumiskan bawang putih, bawang besar, halia, lengkuas dan serai hingga garing
2. Kemudian, masukkan cili kisar bersama air asam jawa, gula dan garam. Kacau dan masak sampai mendidih.
3. Tutup api dan masukkan pula kacang tanah yang ditumbuk tadi. Kacau hingga masak.
4. Siap untuk dihidangkan bersama sate.


Post your comment

Comments

  • Kami dr TERATAK CIK PAH bertempat di Rawang,

    Selangor. Kami boleh membekalkan pelbagai jenis

    satay mentah yang siap dicucuk kepada

    peniaga-peniaga kecil dan sederhana yang memerlukan

    bekalan satay. Satay kami menggunakan resepi dari

    turun temurun.
    BUATAN MELAKA...

    Harga Satay TERATAK CIK PAH

    Ayam RM0.30
    Daging RM0.30
    Kambing RM0.40

    Penghantaran dalam 40km FOC.
    Sekiranya memerlukan bekalan, sila hubungi @ sms
    Atta 0136963467
    Amdy 0166007824

    Penghantaran minima 500cucuk

    Posted by cik pah, 06/12/2009 2:43pm (2 years ago)

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial