Pengumuman 

KEHANGATAN PELANCARAN PUTERI BN KINI DI RASAI

Rosnah mahu buat kenduri dapat bayi

Posted by on 14 January 2010 | 0 Comments

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.65 kilogram pada 6 Januari lalu, dibenarkan keluar dari Hospital Putrajaya, semalam.

Rosnah, 37, yang juga Ketua Puteri Umno ketika ditemui menyatakan terima kasih terhadap sokongan dan ucapan tahniah yang dihulurkan pemimpin negara termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak; Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Katanya, beliau dan suami, Fadli Juanas, 30, akan mengadakan kenduri kesyukuran dan majlis cukur jambul anak mereka, Fahd Putera Rayyan Shirlin, di Sabah selepas disahkan sihat oleh doktor untuk kembali ke negeri itu.

Sumber dari Berita Harian.


Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial