PROGRAM SINAR KASIH PUTERI
Posted by Admin on 20 July 2010 | 0 Comments
PROGRAM SINAR KASIH PUTERI BERSAMA ALPHA ONE ANJURAN BERSAMA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DAN PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN KERJASAMA PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA DAN PARLIMEN SETIAWANGSA.
PERASMI OLEH : YB DATUK ROSNAH ABDUL RAHSID SHIRLIN,KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA,MERANGKAP TIMBALAN MENTERI KESIHATAN.
Program Sinar Kasih Puteri dilancarkan buat pertama kali pada 24hb Jun 2010 di Kota Damansara Selangor. Program ini merupakan pemberian terapi percuma kepada orang ramai terutama warga emas.
Sinar Kasih Puteri dijalankan dengan kerjasama Alpha One Sdn Bhd yang menyediakan tempat dan mesin terapi dan mempunyai 27 outlet seluruh Malaysia. Sejajar dengan aktiviti-aktiviti puteri yang lebih fokus kepada kebajikan dan kesihatan,maka dengan adanya program Sinar Kasih Puteri akan mendekatkan lagi puteri UMNO dengan masyarakat setempat.
Program Sinar Kasih Puteri akan dilancarkan secara berperingkat di seluruh negara. Pelancaran di Wilayah ini merupakan yang kedua selepas negeri Selangor.