Pengumuman 

Selamat Hari Jururawat Sedunia, Hari iBU dan Hari Guru 2012

PERUTUSAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

Posted by admin on 1 June 2010 | 2 Comments

PERUTUSAN KETUA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA

SEMPENA PERSIDANGAN BAHAGIAN-BAHAGIAN.


Bismillah Hir Rahman Nir Rahim..

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana dengan limpah kurnianya, kita telah dapat melaksanakan satu lagi tanggungjawab kita  kepada parti iaitu menjalankan mesyuarat agung  Pergerakan Puteri di peringkat bahagian-bahagian. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua adik-adik puteri di peringkat akar umbi yang telah berusaha dan bekerja keras bagi memastikan puteri mendapat tempat di hati generasi muda khususnya para beliawanis hari ini.

Saya juga ingin merakamkan rasa syukur yang tidak terhingga kerana puteri telah pun mencecah usia 9 tahun dan  sebagai ahli puteri  kita harus berdiri teguh di belakang Presiden parti bagi meneruskan agenda perjuangan bangsa, agama dan Negara. Puteri hari ini sewajarnya menjadi srikandi yang paling hadapan dalam memperjuangkan agenda parti dan memiliki semangat yang kental dalam menghadapi cabaran-cabaran masakini.

Justeru itu, peranan puteri hari ini amat penting khususnya dalam melaksanakan pelbagai aktiviti di peringkat bahagian hingga ke akar umbi iaitu di peringkat cawangan-cawangan. Ini adalah bagi memastikan adik-adik puteri di peringkat cawangan-cawangan tidak ketinggalan dalam informasi-informasi terkini berkenaan aktiviti-aktiviti atau program-program yang dijalankan di peringkat pusat. Dengan cara ini juga kita dapat mengukuhkan ikatan silaturrahim di kalangan ahli puteri itu sendiri serta merapatkan barisan yang sedia ada. Agenda mengeratkan persaudaraan sesama kita amatlah penting dan tidak boleh dipandang enteng kerana kekuatan sesuatu organisasi itu terletak kepada semagat kerjasama yang tinggi dan sentiasa bertolak ansur di kalangan ahli-ahlinya di samping dapat bertukar-tukar fikiran sesama ahli.

Sebenarnya musuh kita adalah di luar sana bukannya di kalangan kita ahli-ahli pergerakan puteri. Sekiranya kita asyik berbalah dan sentiasa menunding jari kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain sudah pasti mereka di luar sana boleh mengambil kesempatan dengan mudah mempersendakan pergerakan puteri itu sendiri dan bertepuk gembira sekiranya berlaku perpecahan di kalangan kita.

Oleh yang demikian, tugas kita yang paling penting kini adalah mempersiapkan diri bagi menghadapi pilihanraya umum yang akan datang. Tugas puteri kini adalah merapati golongan muda di kalangan belia dan beliawanis serta badan-badan Ngo supaya golongan ini akan menjadi penyokong kita pada pilihanraya umum nanti ataupun pilihanraya-pilihanraya kecil yang kita tidak jangkakan berkemungkinan akan berlaku. Kita mahu golongan mereka ini mengenali peranan pergerakan puteri itu sendiri,  supaya mereka ini tidak menyalah ertikan peranan puteri.

Disebabkan perkara inilah, adik-adik puteri di bahagian-bahagian harus bergerak secara aktif dalam mencari, menambah keahlian baru serta mendaftarkan pengundi-pengundi baru di kalangan beliawanis. Ini amat penting dalam meraih sokongan pengundi muda serta tidak ketinggalan dalam mencari mereka-mereka yang sudah layak mengundi didaftarkan sebagai  pengundi. Kempen keahlian juga harus dipergiatkan tambahan pula di peringkat Pergerakan Puteri Malaysia kita telah melancarkan skuad CSI iaitu skuad mencari ahli seramai mungkin. Masa yang ada kini tidak boleh dibiarkan berlalu pergi begitu sahaja kerana sehari kita bertangguh, kita akan terlepas berpuluh atau mungkin ratusan ahli baru.

Untuk itu, saya ingin mengingatkan kepada adik-adik puteri, dalam apa juga yang kita lakukan kita seharusnya sentiasa berpegang kepada matlamat asal perjuangan kita. Kita pulihkan segala kekurangan dengan melakukan penambahbaikan dalam setiap kerja yang kita lakukan agar matlamat kita tidak tersasar. Ikhlaskan diri dalam perjuangan menegakkan agenda bangsa, agama dan Negara.

Kepada adik-adik puteri yang sentiasa teguh berdiri di belakang pergerakan puteri UMNO, saya ucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga dan saya percaya setiap kerja baik yang kita lakukan akan diberkati oleh Allah s.w.t yang maha Esa.

Selamat bersidang saya ucapkan dan semoga persidangan kali ini membawa satu semangat baru kepada kita semua.

Akhir kata…

Sesungguhnya, “keindahan adalah keindahan budi pekerti, kebaikan adalah kebaikan perilaku dan keelokan adalah keelokan aqal”. Teruskan perjuangan yang ikhlas murni kerana puteri adalah generasi pewaris perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Puteri Srikandi Negara..Puteri Pewaris Pejuang Bangsa..

Sekian..Terima kasih..

Walhidayah, Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

 

Selamat bersidang,

YB DATUK ROSNAH HJ ABDUL RASHID SHIRLIN

KETUA PUTERI PERGERAKAN UMNO MALAYSIA


 

 


Post your comment

Comments

  • Memperkasakan perjuangan UMNO berlandas AL-QUR'AAN DAN SUNNAH dan kita wajib mengharamkan arak & judi seperti yang tersebut dalam SURAH AL-BAQARAH AYAT 183.

    Posted by Ibnu Ismail, 23/06/2010 10:27pm (2 years ago)

  • setju dgn pendapat agar bhgn terus mencari ahli,tp ingin tahu lebih lanjut kegiatan biro keahlian selain csi nie

    Posted by June, 21/06/2010 12:05pm (2 years ago)

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial