Pengumuman 

:::::::#Vote4BN #BetterNation Barisan Nasional Mensejahtera Rakyat:::::::::::

Perhimpunan Agung UMNO 2012 Azimat Untuk Puteri Berdepan PRU 13

Posted by admin on 27 November 2012 | 0 Comments

KUALA LUMPUR – Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirleen berkata Perhimpunan Agung UMNO 2012 cukup penting dan harus dijadikan azimat bukan sahaja untuk berdepan pilihan raya umum akan datang malah untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

Menurut beliau pihaknya ingin melihat bukan setakat survival parti tetapi juga turut merangkumi kekuatan pergerakan itu khususnya untuk menghadapi cabaran yang bakal ditempuh kelak.

“Kita lihat perhimpunan kali ini sangat penting  bukan sahaja untuk menjadi azimat kita sebelum hadapi pilihan raya umum, tetapi perhimpunan kali ini juga melihat kepada semangat serta usaha berterusan Puteri untuk berdepan cabaran yang bakal kita hadapi pada masa akan datang.

“Puteri ingin lihat bukan setakat survival tetapi juga kekuatan kami bagi hadapi cabaran yang bakal kita saksikan. Kita lihat pilihan raya umum kali ini sebagai pilihan raya umum yang sangat penting.

“Dan usaha Puteri tidak harus hanya terhad kepada amanah yang telah diberikan oleh pucuk pimpinan tetapi kita harus keluar dari pemikiran biasa apabila kita berdepan dengan pembangkang. Kita harus anjakan pemikiran serta tenaga kita ke arah yang lebih beri kesan kepada parti dan pentadbiran negara,” katanya.

Rosnah seterusnya menambah pergerakan itu juga turut melihat kepada usaha untuk memperkasakan Puteri dalam menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti.

“Puteri melihat pendekatan khusus kami kepada usaha untuk memperkasakan Puteri dalam soal mengahapi pilihan raya. Dan saya kira ini juga pendekatan sayap-sayap yang lain. Bincang siap-siaga serta pada mas ayang sama tidak boleh mengecualikan perbincangan isu-isu dalam senario politik negara.

“Begitu juga peranan yang boleh dimainkan Puteri khusus untuk bantu parti dan tidak lihat kepada soal hadapi pilihan raya tetapi juga soal yang berkait rapat dengan survival kedudukan parti dalam politik negara,” katanya. -MediaUMNO


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial