Perasmian Portal Rasmi Pergerakan Puteri UMNO Malaysia
Posted by admin on 27 October 2009 | 0 Comments
Tags:
Perasmian Portal
Peredaran zaman serta kepantasan revolusi maklumat telah membawa cabaran dan impak yang tidak kurang hebatnya di mana ianya menuntut kita untuk memahami dan menangani isu dan informasi dengan bijak. Hal ini kerana rakyat khususnya generasi muda pada abad ini telah didedahkan dengan kepantasan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet dan laman blog yang menjadi saluran utama dalam penyebaran pelbagai maklumat, baik yang sahih mahupun spekulasi, provokasi, fitnah dan maklumat yang berbaur hasutan yang acapkali mempengaruhi pemikiran rakyat.
Maka dengan kesedaran terhadap kepentingan ICT ini, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia telah mengambil satu inisiatif yang effektif iaitu mewujudkan Portal rasminya yang tersendiri. Portal rasmi Pergerakan Puteri UMNO ini telah dilancarkan pada 14 Oktober 2009 yang lalu, bersempena dengan Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia 2009. Pelancaran ini telah disempurnakan oleh Puan Sri Noraini Abdul Rahman isteri kepada YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin bin Mohd. Yassin, Timbalan presiden UMNO Malaysia di Dewan Tun Hussien Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Portal ini akan menjadi gerbang informasi kepada ahli-ahli pergerakan Puteri UMNO Malaysia dimana ianya merupakan medan pertemuan, perbincangan dan perkongsian maklumat menerusi ruang siber. Portal ini juga akan menjadi medan penyebaran maklumat oleh semua dalam mengulas kepelbagaian isu, perlaksanaan program dan aktiviti serta perkongsian pengalaman dalam merapatkan ukhuwah sesama