Pengumuman 

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2010 - Semoga Kematangan Dari Segi Politik, Sosial & Ekonomi Meningkat Seiring Dengan Arus Pemodenan.

Peletakan Jawatan CEO PMBK

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Peletakan jawatan menantu Menteri Besar Kelantan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang hanya berkuatkuasa 23 Mac tahun depan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam keputusan tersebut.

 

Jika arahan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya menantunya meletakkan jawatan dibuat secara ikhlas maka arahan itu sepatutnya berkuatkuasa serta merta dan bukannya menunggu sehingga lebih empat bulan untuk Abdul Ariffahmi Ab. Rahman berbuat demikian.

 

Alasan tempoh masa empat bulan diperlukan untuk mencari pengganti menantu Menteri Besar Kelantan itu juga tidak boleh diterima pakai.  Isu yang menyelubungi PMBK telah berlarutan beberapa bulan sebelum ini dan pihak kerajaan negeri sepatutnya telah mula melihat calon-calon yang sesuai untuk memegang jawatan tersebut.  Tindakan melengah-lengahkan tarikh peletakan jawatan itu berkuatkuasa juga mengundang pelbagai persepsi buruk dan dilihat mempunyai unsur tidak ikhlas selain menyekat peluang orang lain untuk duduk di jawatan tersebut.

 

Pergerakan Puteri UMNO percaya pengurusan PMBK boleh dijalankan tanpa kehadiran Abdul Ariffahmi apatah lagi setelah beliau dikaitkan dengan dakwaan salah guna kuasa dan kes itu sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).  Sedangkan sepatutnya sebaik sahaja menantu Nik Abdul Aziz itu terbabit dalam dakwaan penyalahgunaan kuasa itu, beliau mesti secara sukarela melepaskan jawatan dan tidak lagi boleh mempunyai kaitan dengan PMBK sehingga siasatan benar-benar selesai dan beliau didapati tidak bersalah.

 

Pergerakan Puteri UMNO kesal kerana barisan kepimpinan kerajaan negeri Kelantan membiarkan Ariffahmy terus meneraju PMBK biar pun dengan alasan mengikut terma-terma yang ditetapkan perbadanan itu.  Ini kerana Abdul Ariffahmi yang didakwa menyalahguna kuasa tidak sepatutnya dibiarkan terus berada di dalam PMBK malah ia dilihat bertentangan tradisi kerajaan negeri itu yang mendakwa mendokong kepimpinan Rasulullah SAW.

 

Biarpun pemimpin-pemimpin Pas menyifatkan arahan Nik Abdul Aziz supaya menantunya meletakkan jawatan sebagai perbuatan terpuji namun tindakan Abdul Ariffahmi melengah-lengahkan peletakan jawatan tersebut memberi gambaran yang sebaliknya.

 

Sekian, terima kasih

 

 

 

 

 

YB DATUK ROSNAH BT. HJ. ABD. RASHID SHIRLIN

 


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial