Pengumuman 


Pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB)

Posted by Yb Datuk Rosnah Hj Abd Rashid Shirlin on 5 April 2010 | 0 Comments

Pelancaran Model Ekonomi Baru (MEB) oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam membuktikan satu lagi usaha serta kesungguhan kerajaan untuk mewujudkan ekonomi yang seimbang di kalangan rakyat negara ini. Pada masa yang sama kerajaan memperkenalkan mekanisme baru untuk melonjakkan ekonomi negara terutama untuk menarik pelaburan terus asing bagi merangsang pertumbuhan ekonomi domestik.
 
Pergerakan Puteri UMNO percaya MEB yang bersifat serampang dua mata mampu diterima rakyat jelata lantaran manfaatnya amat jelas iaitu ke arah mempertingkatkan taraf hidup rakyat dan menyiapkan Malaysia untuk menjadi negara maju pada tahun 2020 yang cuma tinggal 10 tahun saja lagi.
 
Bagaimanapun kesungguhan Perdana Menteri dan barisan Kabinetnya merangka pelbagai mekanisme untuk menjadikan ekonomi Malaysia berdaya maju dan rakyatnya mempunyai tahap daya saing yang tinggi akan menjadi sia-sia jika kalangan rakyat itu sendiri tidak mahu mengubah sikap  terlalu bergantung kepada kerajaan dan malas memajukan dir sendiri.
 
Semua pihak baik kakitangan kerajaan, sektor swasta mahupun peladangan mesti berganding bahu menyokong pelaksanaan MEB menerusi peranan serta fungsi masing-masing dengan penuh komitmen.
 
Pergerakan Puteri UMNO percaya, setiap dasar atau program yang dilaksanakan di Malaysia tidak akan berjaya tanpa sokongan jitu daripada masyarakat terutamanya golongan muda yang membentuk lebih daripada separuh penduduk di negara ini.
 
Langkah menjadikan Sg. Buloh sebagai hab baru Lembah Klang dengan pelaburan RM5 bilion juga dilihat akan membuka banyak peluang pekerjaan sekali gus dapat meminimumkan masalah pengangguran di kalangan rakyat negara ini. Setiap peluang pekerjaan yang diwujudkan kelak mesti dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan muda dan tidak ada alasan lagi untuk mereka menyalahkan kerajaan kerana tidak menyediakan peluang pekerjaan untuk mereka.
 
Pergerakan Puteri UMNO tidak mahu melihat hab baru Lembah Klang itu kelak dipenuhi wajah-wajah buruh asing gara-gara sikap memilih kerja di kalangan rakyat tempatan. Rakyat sepatutnya bersedia untuk merebut setiap peluang yang disediakan oleh kerajaan dan bukannya bersikap memilih atau mahu hidup senang sekelip mata. Ini kerana sikap seumpama itu akan menggagalkan matlamat kerajaan untuk meningkatkan pendapatan perkapita rakyat kepada RM49,000 dan hanya menggalakkan aliran keluar wang negara.


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial