Pengumuman 

Selamat Hari Jururawat Sedunia, Hari iBU dan Hari Guru 2012

P.Kamalanathan Mampu Bawa Suara Rakyat

Posted by Adnil Mohd on 19 April 2010 | 0 Comments

Hulu Selangor, 18 April - Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr Wee Ka Siong berpendapat, calon BN, P.Kamalanathan menepati kriteria seorang pemimpin untuk menggalas tanggungjawab dan amanah rakyat.

Menurut beliau, calon yang diketengahkan oleh pucuk pimpinan BN itu merupakan  seorang pemimpin muda selain anak tempatan yang berwibawa dan mampu membawa suara penduduk Hulu Selangor.

“Saya dah kenal lama P.Kamalantahan ini dan melihat pemilihan yang dibuat oleh pucuk pimpinan bertepatan dengan kehendak rakyat. Inilah yang kita mahukan.

“Dan untuk itu, Pemuda MCA khususnya akan bergerak bersama Pemuda parti komponen yang lain ke seluruh ceruk kawasan untuk berkempen bagi memastikan pengundi khususnya pengundi muda memberikan kepercayaan kepada kita pada 25 April ini,” katanya.

Calon BN, P. Kamalanathan akan ditentang oleh Datuk Zaid Ibrahim daripada PKR selain bekas Naib Pengerusi MIC Hulu Selangor V.S. Chandran dan Johan Mohd Diah, seorang peniaga, masing-masing mewakili Bebas.

Beliau seterusnya berharap pengundi Hulu Selangor memberikan kepercayaan kepada P.Kamalanathan pada hari pembuangan undi nanti.

“Serba serbi ada pada beliau dan saya yakin beliau mmmpu untuk memberi input kepada transformasi dalam  kerajaan dan saya fikir beliau cukup layak.

“Saya rasa inilah platform terbaik untuk pengundi Hulu Selangor membuat keputusan dengan memilih beliau bagi mengenengahkan suara rakyat Hulu Selangor,” katanya.

Sumber dari pemudaumno.org.my


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial