Pengumuman 

:::::::#Vote4BN #BetterNation Barisan Nasional Mensejahtera Rakyat:::::::::::

Orang Melayu perlu kukuh jati diri

Posted by on 3 August 2011 | 0 Comments

KUALA LUMPUR 2 Ogos - Soal sama ada DAP mampu atau tidak menawan kawasan majoriti Melayu pada pilihan raya umum akan datang sebenarnya bergantung kepada penyatuan dan kekuatan orang Melayu sendiri.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, orang Melayu harus memperkukuhkan jati diri dan terus mempertahankan agenda Melayu demi memastikan cita-cita DAP itu tidak menjadi kenyataan.

"Strategi DAP untuk menguasai negeri-negeri majoriti Melayu bukanlah satu perkembangan baru dalam agenda politik mereka.

"Malah cita-cita DAP itu semakin kuat selepas keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 yang menyaksikan undi orang Melayu tidak lagi berpusat kepada parti-parti berasaskan perjuangan Melayu," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rosnah berkata demikian sebagai reaksi kepada kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang kelmarin yang berasakan sudah tiba masa bagi parti itu meluaskan pengaruhnya dengan menjangkau seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

Beliau berkata, hanya orang Melayu yang boleh menentukan arah tuju mereka tanpa dikuasai oleh mana-mana pihak.

"Adalah diketahui DAP sendiri telah menubuhkan pasukan khusus untuk mengetahui serta mengkaji tentang kelemahan orang Melayu dan menggunakan kelemahan itu sebagai strategi untuk menawan orang Melayu," katanya.

Katanya, Puteri UMNO percaya orang Melayu sudah pasti tidak mahu bernaung di bawah DAP tetapi kelemahan jati diri telah menyebabkan mereka terpesona dengan idealisme yang dihebohkan oleh pembangkang.

"Sudah pasti orang Melayu yang lemah tidak kisah bertuankan DAP manakala mereka yang kukuh akan menolak parti itu yang ternyata menentang agenda Melayu selain menuntut kesamarataan," katanya

sumbangan Utusan Malaysia Online


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial