Pengumuman 

Pergerakan Puteri UMNO Malaysia Mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wanita Sedunia 2010 - Semoga Kematangan Dari Segi Politik, Sosial & Ekonomi Meningkat Seiring Dengan Arus Pemodenan.

Mengenai Tindakan Biadap Pemimpin DAP

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Pergerakan Puteri UMNO kesal dengan tindakan biadap pemimpin-pemimpin DAP memijak poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas semasa konvensyen parti itu di Ipoh Ahad lalu.

Tindakan seumpama itu jelas bertentangan dengan semangat perpaduan serta saranan saling hormat menghormati yang menjadi teras masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Perbuatan sengaja menjadikan poster ketiga-tiga wakil rakyat bebas itu seperti 'kain pengesat kaki' sememangnya kurang ajar dan mempermain-mainkan hak serta kebebasan seseorang itu untuk memilih parti yang ingin diwakilinya.

Pemimpin veteran seperti Lim Kit Siang sepatutnya menjadi teladan kepada barisan pemimpin muda dan bukannya bertindak di luar batas kesusilaan sehingga tergamak memijak gambar wakil rakyat tersebut semata-mata kerana perbezaan pandangan dalam politik.

Juga amat dikesali kerana Ketua Menteri Pulau Pinang yang selama ini bercakap mengenai kesederhanaan dan ciri-ciri pemimpin berwibawa juga tergamak bertindak sedemikian sehingga menghilangkan rasa hormat rakyat terhadap beliau.

Sehubungan itu Pergerakan Puteri UMNO mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan biadap pemimpin DAP memijak gambar-gambar wakil rakyat bebas yang secara terang dan nyata bertujuan menghina mereka.

Perbuatan yang sengaja dipertontonkan kepada ahli-ahli parti itu termasuk pihak media yang hadir semasa konvensyen tersebut juga menunjukkan sikap sombong serta bongkak pemimpin-pemimpin parti itu.

Sekian, terima kasih

 

YB DATUK ROSNAH BT. HJ. ABD. RASHID SHIRLIN

 


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial