Pengumuman 


Masak Lemak Daging Salai

Posted by Admin on 7 October 2009 | 0 Comments

Tags:

BAHAN-BAHAN :
½ kg daging batang pinang (dihiris nipis dan disalai atas bara)
2 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 batang serai
1 ulas kunyit hidup
2 helai daun kunyit
500 gm pati santan
2 keping asam gelugur
Sedikit air, garam dan gula

CARA MEMBUATNYA:
1. Masukkan bahan yang telah dikisar ke dalam periuk. Tambah secawan air dan didihkan seketika.
2. Masukkan pati santan bersama daging salai. Kacau perlahan sampai mendidih
3. Akhir sekali, masukkan hirisan daun kunyit untuk menambah aroma.


Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial