Pengumuman 

Selamat Hari Jururawat Sedunia, Hari iBU dan Hari Guru 2012

Lebih 70% Dari 370,000 Ahli Puteri Daftar Sebagai Pengundi

Posted by Admin on 15 July 2010 | 0 Comments

PEKAN 15 Julai – Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, Puan Nor Azita Abdul Rahman memberitahu pergerakan itu sudah pun mendaftarkan lebih 70 peratus dari lebih 370,000 ahlinya menjadi pengundi di seluruh negara.

Berdasarkan jumlah tersebut jelas beliau lagi tinggal lebih kurang 30 peratus lagi ahli yang belum berdaftar dan gerakan untuk daftar pemilih kini sedang giat diadakan seluruh cawangan.

“Hampir 300 ribu ahli kita sudah didaftarkan sebagai pemilih dan saya yakin dengan pelbagai program yang akan kita laksanakan jumlah tersebut akan terus bertambah.

“Di samping memastikan ahli kita berdaftar sebagai pemilih, jentera kita juga turut memberi tumpuan mendekati golongan muda wanita yang cukup umur untuk mendaftarkan diri sebagai pengundi.

“Kita yakin sasaran kita mencapai sekurang-kurang 90 peratus ahli sebagai pengundi dapat dicapai sebelum menjelang pilihanraya umum akan datang”, katanya kepada UMNO-Online di sini, hari ini.

Beliau seterusnya memberitahu selain faktor usia yang belum mencecah 21 tahun, ramai di antara ahli Puteri di sesetengah kawasan sudah pun berpindah ke tempat lain.

“Ini memberikan kita sedikit kesukaran untuk membuat pendaftaran. Namun menerusi rangkaian jentera yang ada kita yakin dapat menjejaki mereka”, ujarnya.

Mengenai perjalanan persidangan bahagian pula, beliau yang juga Ketua Puteri UMNO Pekan memberitahu tinggal hanya dua bahagian sahaja yang belum mengadakan mesyuarat mereka iaitu bahagian Puchong dan Keningau.

“Setakat ini 189 bahagian Puteri telah berjaya mengadakan mesyuarat masing-masing dengan baik dan lancar.

“Selain agenda memperkasakan lagi parti, rata-rata bahagian terbabit turut menyentuh persiapan menghadapi pilihanraya umum akan datang. Secara keseluruhnya setiap bahagian Puteri seluruh negara bersedia untuk menggerakkan jentera pilihanraya masing-masing pada bila-bila masa”, ujarnya

Sumber dari UMNO-online.com


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial