Pengumuman 

:::::::#Vote4BN #BetterNation Barisan Nasional Mensejahtera Rakyat:::::::::::

Laporan Palsu Video Seks : Puteri UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Anwar

Posted by admin on 19 August 2011 | 0 Comments

SUNGAI PETANI, 6 Sept – Pergerakan Puteri UMNO hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa membuat laporan palsu berhubung isu video seks pada Mac lalu.

Laporan itu dibuat Naib Ketua Pergerakan Puteri Umno Shahanim Mohd Yusof di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini.

Beliau berkata pihaknya memohon polis bertindak terhadap Anwar, yang didakwa telah mempermainkan undang-undang dengan membuat laporan palsu di IPD Dang Wangi pada 22 Mac.

“Kita memandang serius laporan palsu yang dilakukan di IPD Dang Wangi pada Mac lalu berhubung video seks. Ini kerana seperti yang diketahui umum, Anwar tidak pernah mengemukakan laporan dakwaan fitnah terhadap Datuk Shazryl Eskay Abdullah mengatakan video itu tidak benar,” katanya selepas membuat laporan itu.

Shahanim juga berkata Peguam Negara perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Anwar kerana membuat laporan polis yang tidak benar.

umno-online.com

 


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial