Pengumuman 

SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM PERJUANGAN KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA :: 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI :: MERDEKA MERDEKA MERDEKA SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE - 53 

Krisis Kepimpinan Dalam PKR

Posted by YB Datuk Rosnah Bt. Hj. Abd. Rashid Shirlin on 8 March 2010 | 0 Comments

Pengakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu ada masalah apabila beberapa pemimpinnya keluar parti umpama tepuk air di dulang terpercik muka sendiri.

Malah Pergerakan Puteri UMNO percaya kenyataan terbaru Anwar kononnya krisis kepimpinan parti itu baik untuk pemulihan PKR bertujuan menutup kelemahan beliau dalam menerajui parti.

Amat jelas tindakan beberapa pemimpin PKR meninggalkan parti itu didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Anwar yang hanya mementingkan agenda peribadi dan mengetepikan kepentingan parti.

Anwar hanya bersungguh-sungguh menampilkan imej tidak bersalah, bersih dan `beriman’ di khalayak ramai dengan bermati-matian  memperjuangkan kesnya di mahkamah manakala pandangan beberapa pemimpin tidak dipedulikan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.

Malah kenyataannya perkembangan mutakhir ini membolehkan PKR berhati-hati memilih calon pada pilihan raya akan datang jelas memperlekehkan kebolehan serta kredibiliti calon-calon yang memberi kemenangan besar kepada parti itu sebelum ini.

Puteri UMNO yakin krisis dalaman PKR tidak akan berhenti setakat ini, akan ada lagi pemimpin tidak berpuas hati dan bertindak keluar parti walaupun mereka berikrar tidak akan berbuat demikian.

Ini kerana soal setia kepada parti amat bergantung kepada siapa pemimpinnya dan selagi Anwar menjadi peneraju parti itu kepercayaan ahli parti dan rakyat terhadap parti akan semakin terhakis.

Perkembangan ini juga amat berkait rapat dengan kerapuhan gabungan parti-parti pembangkang yang selamanya hanya boleh tidur sebantal tetapi dibuai mimpi berbeza.
Puteri UMNO amat berharap rakyat terutama orang Melayu membuka mata dan berfikir tentang krisis dalaman PKR serta kepimpinan Anwar yang tidak mementingkan agenda bangsa dan agama.

Begitu juga rakan PKR iaitu Pas yang hanya mementingkan parti masing-masing sehingga mengetepikan perjuangan yang dahulunya diuar-uarkan demi hanya satu matlamat iaitu demi menegakkan agama tetapi sanggup tunduk kepada DAP.

Sekian, terima kasih.


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial