Kempen Menyerang UMNO Mulai Tahun Depan
Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments
Tags:
Semasa
Pergerakan Puteri UMNO percaya kempen menyerang UMNO secara besar-besaran oleh Pas mulai tahun depan bertujuan melemahkan UMNO yang kini semakin menampakkan penyatuan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Tindakan Pas melabelkan UMNO sebagai pengkhianat rakyat juga jelas menggambarkan perwatakan barisan kepimpinan parti itu yang semakin tidak waras sehingga tidak dapat menilai sumbangan serta usaha yang telah dilaksanakan oleh parti untuk memartabatkan kedudukan agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini.
Pas juga semakin ketandusan idea dan juga semakin kehilangan arah sehingga memaksa pemimpin parti itu melancarkan serangan yang tidak sepatutnya. Pas lebih bermati-matian mempertahankan parti dan pemimpin tidak seagama dan tidak sebangsa yang secara terang-terangan menentang idea pembentukan negara Islam. Pas tidak pernah mahu mempertahankan kedudukan agama bangsa sebaliknya mendokong dan menyokong cita-cita pakatan pembangkang yang mahu menghidupkan semula konsep malaysia malaysia.
Puteri UMNO kesal kerana dalam keadaan orang Melayu berhadapan dengan pelbagai ancaman dan ugutan dari segi hak dan masa depan, Pas memilih untuk memburukkan lagi keadaan dengan melancarkan kempen memburuk-burukkan UMNO. Idea kerajaan perpaduan yang sepatutnya diterima dengan hati terbuka telah ditolak mentah-mentah sebaliknya pemimpin-pemimpin Pas memilih cara menanamkan kebencian bangsa terhadap UMNO.
Orang Melayu sepatutnya sedar, siapa dan parti manakah yang sebenarnya telah berjaya mengangkat kedudukan agama bangsa pada kedudukan sekarang ini, dan siapa dan parti mana pula yang tidak heti-henti mahu melemahkan Melayu sehingga sanggup berpakat dengan parti-parti lain untuk melemahkan UMNO sebagai parti yang mewakili orang Melayu beragama Islam.
Sekian, terima kasih