Kata-kata Aluan Ketua Puteri UMNO Sempena Pelancaran Laman Puteri UMNO Malaysia
Posted by Admin on 14 October 2009 | 0 Comments
Tags:
Kata-kata aluan Ketua Puteri
Peredaran zaman serta kepantasan revolusi maklumat telah membawa cabaran dan impak yang tidak kurang hebatnya di mana ianya menuntut kita untuk memahami dan menangani isu dan informasi dengan bijak. Perkembangan pesat ICT telah mendedahkan rakyat dengan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet dan laman blog yang menjadi saluran utama dalam menyebarkan pelbagai maklumat, baik yang sahih, mahupun spekulasi, provokasi, fitnah atau maklumat yang berbaur hasutan yang acapkali mempengaruhi pemikiran rakyat.
Dengan itu, saya amat berharap agar Portal ini akan menjadi medan pertemuan, perbincangan dan penyebaran maklumat oleh semua dalam mengulas kepelbagaian isu, pelaksanaan program dan aktiviti serta perkongsian pengalaman dalam merapatkan ukhuwah sesama kita. Manfaatkanlah sebaik-baiknya dan semoga kita semua beroleh kebaikan daripada usaha murni kita ini.