Pengumuman 

SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM PERJUANGAN KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA :: 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI :: MERDEKA MERDEKA MERDEKA SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE - 53 

Isu Chin Peng

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Pergerakan Puteri UMNO menggesa semua pihak di negara ini berhenti daripada membangkitkan sebarang isu bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng termasuk dakwaaan beliau meminta maaf di atas keganasan yang dilakukan anggota parti itu terhadap rakyat negara ini.

 

Tindakan membangkitkan isu berkaitan PKM sama seperti mempertikaikan keputusan muktamad kerajaan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang ke tanah air.

 

Nama Chin Peng telah dirakam sebagai sejarah hitam tanah air.  Lebih menyedihkan kesan serta penderitaan akibat keganasan yang dicetuskan PKM masih dirasa sehingga ke hari ini.

 

Justeru sebarang cadangan biar sekecil mana pun untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air dengan alasan telah memohon maaf dan ingin dikuburkan di sebelah keluarganya tidak boleh diterima sama sekali.

 

Pergerakan Puteri UMNO bersetuju dengan semua pandangan dan gesaan berhubung penolakan permohonan oleh Chin Peng terutamanya seperti yang ditegaskan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

Apa yang lebih penting adalah sikap semua rakyat Malaysia yang sepatutnya menoleh kepada sejarah silam serta kesannya kepada negara sebelum bersetuju untuk membangkitkan isu seumpama itu.

 

Cubaan serta tindakan menghidupkan semula nama Chin Peng mesti segera dihentikan.  Kegagalan berbuat demikian boleh mencetuskan kemarahan penduduk di negara ini terutama kaum keluarga mangsa keganasan PKM puluhan tahun lalu.

 

 

Kerajaan juga mesti mengeluarkan amaran keras kepada mana-mana pihak yang dilihat cuba menjuarai isu Chin Peng tanopa mengambil kira sensitiviti rakyat di negara ini.  Ini kerana perbuatan seumpama itu jelas tidak menghormati keputusan kerajaan dan pada masa yang sama boleh membangkitkan kemarahan mangsa-mangsa keganasan PKM.

 

Sekian, terima kasih

 

 

YB DATUK ROSNAH BT. HJ. ABD. RASHID SHIRLIN

 


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial