Pengumuman 


Isteri TPM Lancar Portal Puteri UMNO

Posted by Admin on 15 October 2009 | 0 Comments

KUALA LUMPUR 14 Okt. – Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hari ini melancarkan Portal Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PW TC) di sini.

Pelancaran portal itu dilakukan pada Persidangan Perwakilan sayap itu sejurus selesai ucapan dasar Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.

Hadir sama, Naib Ketua Puteri UMNO, Shahanim Mohd. Yusoff.

Rosnah dalam ucapannya berkata, Portal Puteri UMNO itu memberi ruang kepada ahli pergerakan itu mempromosi aktiviti di peringkat ca wangan dan bahagian.

Menurut beliau, laman portal ter sebut dapat menjadi landasan kepada penyampaian maklumat penting ke pada ahli-ahli parti dan rakyat.

‘‘Ia juga boleh diakses oleh orang awam untuk mengikuti perkembangan aktiviti Puteri UMNO di setiap cawa ngan dan bahagian di seluruh negara.

‘‘Laman portal ini mempunyai tiga bahagian iaitu awam, ahli dan exco,’’ katanya.

 

 


Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman (tengah) bersama Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin (kanan), Mantan Ketua Puteri UMNO, Datuk Azalina Othman (dua dari kanan) dan Mantan Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad (dua dari kiri) pada Perhimpunan Agung Pergerakan Puteri UMNO Malaysia, sejuruh selepas pelancaran Portal Puteri UMNO


Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial