Pengumuman 


India dilanda banjir, 207 maut

Posted by Admin on | 0 Comments

Tags:

ANGALORE 4 Okt. - Sekurang-kurangnya 207 orang terkorban, manakala beratus-ratus ribu lagi penduduk di selatan India terpaksa dipindahkan selepas rumah mereka hanyut akibat banjir.

Sekurang-kurangnya 170 orang maut di negeri Karnataka, manakala 37 lagi terkorban di negeri berdekatan, Andhra Pradesh, kata pihak berkuasa hari ini.

"Kematian itu berlaku disebabkan rumah runtuh, mangsa mati lemas dan banjir kilat," kata setiausaha agensi pemantauan bencana Karnataka, H.V. Parashwanath.

Gerakan menyelamat oleh pasukan tentera tentera, laut dan udara diperhebatkan dalam usaha untuk memasuki kampung-kampung yang dikelilingi ladang yang ditenggelami air.

Satu unit daripada Pasukan Bantuan Bencana Negara India turut dikerahkan dan operasi bantuan dijalankan bagi mencegah wabak penyakit.

"Kami mengerahkan pasukan perubatan ke kawasan bencana bagi mencegah wabak penyakit," kata komisioner khas bagi pengurusan bencana di ibu kota Andhra Pradesh, Hyderabad, S. Subramanyam.

Paras air mula surat dan cuaca kembali seperti biasa di beberapa kawasan tetapi air terus melimpahi empangan dan tebing sungai Krishna di Karnataka.

Hampir 600 pusat penempatan sementara menjadi tempat berlindung bagi lebih 170,000 mangsa di utara Karnataka.

Di Andhra Pradesh, 270,000 penduduk berteduh di lebih 100 pusat perlindungan.

Ketua Menteri Karnataka, B.S. Yeddyurappa meminta Perdana Menteri, Manmohan Singh mengisytiharkan situasi itu sebagai bencana negara, lapor Press Trust of India. - AFP


Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial