Pengumuman 

:::::::#Vote4BN #BetterNation Barisan Nasional Mensejahtera Rakyat:::::::::::

Himpunan Wanita Muda Negara 2012

Posted by admin on 14 November 2012 | 0 Comments

Sukacita dimaklumkan, Pergerakan Puteri UMNO Malaysia bersama gabungan rakan-rakan daripada persatuan-persatuan dan kelab-kelab badan bukan kerajaan (NGO) wanita muda negara serta Sekretariat I.D.E.A yang dipengerusikan oleh YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia merangkap Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Himpunan Wanita Muda Negara 2012.


            Program ini bertujuan menghimpunkan wanita muda yang berbilang bangsa, agama mahupun keturunan yang ada dari seluruh Malaysia untuk meneroka potensi diri serta peranan wanita dalam mencorakkan kemajuan dan perubahan positif negara di samping menyemarakkan lagi semangat patriotisme yang ada dalam diri masing-masing. 


            Majlis pembukaan dan ucaptama akan disempurnakan oleh YABhg. Datin Paduka Seri Rosmah Mansor, Isteri Perdana Menteri selaku Penaung Himpunan manakala perasmian penutup oleh YAB Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. 


            Antara pengisian program Himpunan Wanita Muda Negara 2012 ini adalah forum perniagaan, keusahawanan, program-program motivasi, program-program kesihatan, segmen khas “Di Sebalik Kejayaan Lelaki Berdiri Seorang Wanita”, bengkel-bengkel, pameran-pameran serta mini Konsert.Seramai 10,000 wanita muda dijangka hadir pada program tersebut.

 

 

 

Tarikh             :           25 November 2012 (Ahad)

Masa               :           8.00am-6.30pm

Tempat           :          DEWAN TUN RAZAK 1, PTWC KUALA LUMPUR

         


 

Untuk Maklumat Lanjut :

web : www.wanitamuda.my

facebook: www.facebook.com/WanitaMudaMY

Twitter : @WanitaMuda MY

Email : khairulafsan@idea.my

Tel : 03 4041 3900


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial