Pengumuman 


Chandran dipecat esok - Samy Vellu

Posted by Admin on 19 April 2010 | 0 Comments

Chandran dipecat esok - Samy Vellu

HULU SELANGOR 18 April - Calon bebas pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, V.S. Chandran dipecat dari parti MIC berkuatkuasa esok, kata presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu.

Katanya surat pemecatan itu akan disampaikan kepada Chandran, iaitu bekas naib pengerusi MIC Hulu Selangor, kerana melanggar peraturan dan prinsip parti dengan bertanding sebagai calon bebas pada pemilihan 25 April ini.

"Dari segi teknikal, Chandran masih merupakan ahli MIC dan dia tidak sepatutnya bertanding sebagai calon.

"Ini adalah kesalahan serius dan saya mempunyai hak untuk memecat mereka yang melanggar prinsip dan etika parti,” katanya kepada Bernama di sini hari ini. 

Sumber dari Bernama


Post your comment

Comments

No one has commented on this page yet.

RSS feed for comments on this page | RSS feed for all comments

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial