Pengumuman 


Najib Lancar Bilik Gerakan Unit Khas Pilihan Raya Puteri UMNO

Posted by Admin on 22 July 2010 | 0 Comments

 

KUALA LUMPUR 21 Julai - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan bilik gerakan Jawatankuasa Unit Khas Pilihan Raya Pergerakan Puteri UMNO bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya umum atau pilihan raya kecil akan datang.

0 comments | Read the full post

PROGRAM SINAR KASIH PUTERI

Posted by Admin on 20 July 2010 | 0 Comments

PROGRAM SINAR KASIH PUTERI BERSAMA ALPHA ONE ANJURAN BERSAMA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA DAN PUTERI UMNO WILAYAH PERSEKUTUAN DENGAN KERJASAMA PUTERI UMNO BAHAGIAN SETIAWANGSA DAN PARLIMEN SETIAWANGSA.

0 comments | Read the full post

"Kerjasama UMNO - PAS"

Posted by Admin on 19 July 2010 | 0 Comments

INISATIF kerjasama antara UMNO dan Pas mesti diringi dengan usaha bersungguh-sungguh serta niat ikhlas kedua-dua belah pihak dalam memastikan kedudukan umat Islam di negara ini terpelihara dan berada di tempat yang sewajarnya. Pergerakan Puteri UMNO percaya, jika politik Melayu gagal dipertahankan maka usaha untuk memartabatkan Islam dan memelihara kesucian agama itu pasti berhadapan dengan cabaran getir.
 
Kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria tentang masa depan politik Melayu yang akan terjejas jika UMNO dan Pas tidak bekerjasama sememangnya tepat. Ini kerana ada pihak yang bertepuk tangan dan mengambil kesempatan melaksanakan agenda mereka sendiri termasuk menumbangkan kerajaan sedia ada berikutan perpecahan yang semakin melebar di kalangan orang Melayu.
 
Puteri UMNO percaya hanya keikhlasan, kesungguhan dan keyakinan bahawa sememangnya boleh wujud kerjasama antara kedua-dua parti akan membuka laluan awal untuk UMNO dan Pas bertemu merancang agenda semasa dan agenda masa depan terutama dalam menangani gejala sosial di kalangan generasi muda berbangsa Melayu dan beragama Islam.
 
Puteri UMNO yakin seperti yang ditegaskan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun  Razak pendirian UMNO amat jelas iaitu bersedia untuk bekerjasama dengan Pas tanpa menetapkan sebarang syarat. Kini tiba masanya untuk Pas menunjukkan kesungguhan untuk menjadikan kerjasama ini sebagai satu kenyataan. 
 
Masa untuk merealisasikan kerjasama itu sangat genting, dan tindakan Pas yang boleh saja disifatkan sebagai bermain tarik tali dalam isu tersebut tidak mendatangkan faedah kepada umat Islam di  negara ini sebaliknya bangsa-bangsa lain akan mentertawakan orang Melayu tentang betapa ego mereka sehingga menghalang kerjasama yang mahu dibentuk.
 
Lebih mendukacitakan akan ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kemelut kerjasama UMNO dan Pas, membuat kajian mengenainya dan menjadikan isu tersebut sebagai satu peluang untuk mereka menjarakkan lagi kedua-dua parti supaya tiada kerjasama dapat dilangsungkan sehingga memberi kerugian kepada umat Islam itu sendiri.
 
Justeru, Puteri UMNO sangat berharap, barisan kepimpinan Pas dapat membuat penilaian keseluruhan terhadap isu kerjasama UMNO - Pas dan bukannya mementingkan agenda politik keegoan mereka sehingga mengetepikan keperluan yang sebenar dan mengutamakan agenda yang tidak perlu.

0 comments | Read the full post

Lebih 70% Dari 370,000 Ahli Puteri Daftar Sebagai Pengundi

Posted by Admin on 15 July 2010 | 0 Comments

PEKAN 15 Julai – Penolong Setiausaha Puteri UMNO Malaysia, Puan Nor Azita Abdul Rahman memberitahu pergerakan itu sudah pun mendaftarkan lebih 70 peratus dari lebih 370,000 ahlinya menjadi pengundi di seluruh negara.

0 comments | Read the full post

“UMNO – PAS”

Posted by Admin on 15 July 2010 | 0 Comments

KENYATAAN Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung kesediaan UMNO-Pas untuk bekerjasama dalam pelbagai bidang termasuk memperkukuhkan Islam serta kedudukan orang Melayu menjadi titik tolak penyatuan antara kedua-dua parti yang menaungi orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

0 comments | Read the full post

“Puteri Tekad Sasar Pengundi Muda”

Posted by on 1 July 2010 | 1 Comments

KUALA LUMPUR 30 Jun - Pergerakan Puteri UMNO akan meningkatkan usaha dan melaksanakan pelbagai program untuk menarik golongan muda Melayu mendaftar sebagai pengundi sekali gus meningkatkan penyertaan mereka dalam UMNO, kata Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, Ketua Pergerakan Puteri UMNO Malaysia.

"Adalah menjadi tanggungjawab semua bahagian dan cawangan Puteri UMNO untuk bekerja keras mendekati golongan muda menerusi pelaksanaan program-program yang bersesuaian dengan jiwa mereka. 

Paling penting sekali, usaha menyedarkan golongan muda tentang betapa pentingnya mereka celik politik dan mendaftar sebagai pengundi akan dilakukan secara berterusan tanpa mengenal tempat dan masa", katanya.

Tambah beliau lagi, sebagai sayap parti yang mewakili usia muda, Puteri UMNO sememangnya sentiasa menggalas tanggungjawab tersebut kerana menyedari undi pengundi muda amat penting untuk menentukan kedudukan serta senario politik negara. 

Ini kerana golongan muda menyumbang 40 peratus daripada keseluruhan pengundi di negara ini, dan jika kebanyakkan mereka (terutama orang Melayu) tidak berdaftar sebagai pengundi maka kesannya terhadap masa depan orang Melayu itu sendiri sememangnya amat membimbangkan. 

Pada masa yang sama golongan muda Melayu yang mendaftar sebagai pengundi mesti dibimbing supaya mereka tidak terikut-ikut dengan rentak politik pembangkang yang kononnya memperjuangkan idealisme dan kebebasan. 

Menurutnya lagi, kesedaran serta minat berpolitik di kalangan muda mesti terarah dan tersusun, bukannya secara semberono kerana trend sekarang menunjukkan golongan muda yang mendaftar sebagai pengundi tetapi tidak dibimbing arah politik mereka menjadi penentang kepada kerajaan dan tidak memberi sokongan kepada UMNO. 

Justeru, dalam kesungguhan Puteri UMNO dan pelbagai pihak lain meningkatkan kesedaran golongan muda tentang politik dan menggalakkan mereka mendaftar sebagai pengundi, ada perkara lain yang mesti berjalan serentak. Ia termasuklah menanamkan rasa cinta dan sayang golongan muda terhadap UMNO sebagai parti yang memelihara hak-hak orang Melayu serta menjaga kesucian Islam, ujar Timbalan Menteri Kesihatan itu.

Puteri juga menggalakkan cadangan daripada semua golongan muda untuk aktiviti yang dirasakan sesuai bagi memangkin pengundi berkualiti dan berwibawa. Cadangan bolehlah dihantar ke email admin@puteriumno.my atau ke laman Facebook – Puteri Jiwa Rakyat. 

1 comments | Read the full post

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial