Posted by Yb. Datuk Rosnah Bt. Hj. Abd Rashid Shirlin on 29 March 2010 | 0 Comments
Pergerakan Puteri UMNO menggesa supaya ditubuhkan pasukan khas bagi menangani kes penderaan kanak-kanak dan jenayah buang bayi di setiap ibu pejabat polis daerah untuk memastikan siasatan kes tersebut dapat dijalankan segera dan berkesan.
| Read the full post
Posted by Yb. Rosnah Bt. Hj. Abd. Rashid on 25 March 2010 | 0 Comments
Pergerakan Puteri UMNO mendesak pihak berkuasa menyiasat pendedahan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru YB Zulkifli Noordin bahawa beliau pernah diberi tawaran supaya mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.
Siasatan mesti melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana terdapat unsur jenayah dan rasuah dalam pendedahan tersebut.
Pendedahan YB Zulkifli Noordin itu tidak boleh dipandang ringan biar pun ia diucapkan di dalam Dewan Rakyat tetapi tidak bermakna seseorang Ahli Parlimen bebas membuat pendedahan tanpa sebarang bukti.
Ia juga bagi membolehkan Ahli Parlimen yang berkenaan bertanggungjawab terhadap pendedahan yang dibuat dan bukannya berselindung di sebalik imuniti sebagai Ahli Parlimen.
Apatah lagi pendedahan terbaru ini dibuat selepas tindakan yang sama diambil oleh Ahli Parlimen Bayan Baru, YB Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim baru-baru ini.
Puteri UMNO tidak mahu Dewan Rakyat menjadi platform untuk Ahli-Ahli Parlimen membuat pendedahan demi pendedahan tetapi akhirnya segala-galanya terbiar tanpa siasatan dan tidak diambil tindakan.
Sehubungan itu Puteri UMNO mahu supaya pihak berkuasa yang berkenaan memanggil YB Zulkifli Noordin memberi keterangan apatah lagi pendedahan beliau itu melibatkan Perdana Menteri dan isteri.
| Read the full post
Posted by on 23 March 2010 | 0 Comments
Pergerakan Puteri UMNO menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah tersebut yang semakin membimbangkan.
| Read the full post
Posted by YB. Datuk Rosnah Binti Hj. Abd Rashid Shirlin on 23 March 2010 | 0 Comments
Pergerakan Puteri UMNO mahu generasi muda melihat latar belakang kewujudan konsep Middle Malaysia dan membandingkannya dengan gagasan 1Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
| Read the full post
Posted by YB Datuk Rosnah Bt. Hj. Abd. Rashid Shirlin on 8 March 2010 | 0 Comments
Pengakuan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa parti itu ada masalah apabila beberapa pemimpinnya keluar parti umpama tepuk air di dulang terpercik muka sendiri.
Malah Pergerakan Puteri UMNO percaya kenyataan terbaru Anwar kononnya krisis kepimpinan parti itu baik untuk pemulihan PKR bertujuan menutup kelemahan beliau dalam menerajui parti.
Amat jelas tindakan beberapa pemimpin PKR meninggalkan parti itu didorong oleh rasa tidak puas hati terhadap kepimpinan Anwar yang hanya mementingkan agenda peribadi dan mengetepikan kepentingan parti.
Anwar hanya bersungguh-sungguh menampilkan imej tidak bersalah, bersih dan `beriman’ di khalayak ramai dengan bermati-matian memperjuangkan kesnya di mahkamah manakala pandangan beberapa pemimpin tidak dipedulikan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati.
Malah kenyataannya perkembangan mutakhir ini membolehkan PKR berhati-hati memilih calon pada pilihan raya akan datang jelas memperlekehkan kebolehan serta kredibiliti calon-calon yang memberi kemenangan besar kepada parti itu sebelum ini.
Puteri UMNO yakin krisis dalaman PKR tidak akan berhenti setakat ini, akan ada lagi pemimpin tidak berpuas hati dan bertindak keluar parti walaupun mereka berikrar tidak akan berbuat demikian.
Ini kerana soal setia kepada parti amat bergantung kepada siapa pemimpinnya dan selagi Anwar menjadi peneraju parti itu kepercayaan ahli parti dan rakyat terhadap parti akan semakin terhakis.
Perkembangan ini juga amat berkait rapat dengan kerapuhan gabungan parti-parti pembangkang yang selamanya hanya boleh tidur sebantal tetapi dibuai mimpi berbeza.
Puteri UMNO amat berharap rakyat terutama orang Melayu membuka mata dan berfikir tentang krisis dalaman PKR serta kepimpinan Anwar yang tidak mementingkan agenda bangsa dan agama.
Begitu juga rakan PKR iaitu Pas yang hanya mementingkan parti masing-masing sehingga mengetepikan perjuangan yang dahulunya diuar-uarkan demi hanya satu matlamat iaitu demi menegakkan agama tetapi sanggup tunduk kepada DAP.
Sekian, terima kasih.
| Read the full post
Posted by Yb. Datuk Rosnah Binti Hj. Abd Rashid Shirlin on 8 March 2010 | 0 Comments
Pergerakan Puteri UMNO percaya tindakan Majlis Pimpinan Pusat PKR memecat YB Zulkifli Nordin akan membuka mata ahli-ahli PKR dan rakyat di negara ini tentang agenda sebenar parti itu iaitu hanya untuk memperjuangkan pemimpin tertinggi mereka iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim.
| Read the full post
Posted by Yb. Datuk Rosnah Binti Abd. Rashid Shirlin on 3 March 2010 | 0 Comments
Pergerakan Puteri UMNO Malaysia hari ini mengecam kedangkalan serta kebiadapan penulis blog yang dipercayai seorang ahli parti pembangkang berikutan kenyataannya yang dibuat menerusi Facebook.
Kenyataan tersebut berbunyi: “Alhamdulillah….ketua puteri neraka dari ampang telah ke neraka buat selama-lamanya…” .
Saya mewakili semua ahli Pergerakan Puteri UMNO Malaysia kesal kerana kenyataan itu merupakan satu penghinaan yang keterlaluan dan memalukan bangsa Melayu serta penganut agama Islam.
Persoalan syurga dan neraka adalah ketentuan Allah SWT. Sebagai umat Islam, Zulkarnain tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan sedemikian yang memberi gambaran memalukan tentang Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Berikutan itu, Puteri UMNO Selangor telah membuat laporan polis agar satu tindakan tegas dapat diambil bagi menghadapkan penulis blog itu ke muka pengadilan.
Sebagai seorang Muslim, beliau mesti lebih prihatin dan sensitif dalam mengemukakan pendapat apatah lagi apabila ia melibatkan seseorang yang telah meninggal dunia.
Apa jua sekalipun isu, pandangan politik mahupun sebab-sebab peribadi, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sebegitu rupa ke atas seorang yang telah menyumbangkan idea, tenaga dan keringat demi untuk bangsa, agama dan parti. Arwah merupakan seorang yang amat prihatin dengan nasib masyarakat setempat dan telah banyak berbakti kepada parti. Sehubungan itu, Puteri UMNO amat terguris dengan kenyataan Zulkarnain tersebut yang seolah-olah menggambarkan arwah seorang yang sebaliknya.
Saya dengan ini amat berharap satu tindakan tegas dapat diambil oleh pihak berkuasa ke atas beliau agar menjadi satu teladan kepada mereka yang lain supaya tidak mengeluarkan kenyataan sewenang-wenangnya tanpa mengambil kira sensitiviti masyarakat Islam.
Selain itu, jika benar Zulkarnain merupakan seorang ahli dari Unit Amal Pas seperti yang didakwa, kami inginkan agar PAS mengambil tanggungjawab dan mengenakan tindakan tegas terhadap beliau yang jelas tidak mengamalkan Islam seperti yang didakwa dan diuar-uarkan PAS kepada ahli-ahlinya.
Dalam hubungan yang sama, Puteri menyesal kerana inilah hasilnya apabila PAS menggalakkan penentuan syurga dan neraka ke atas sesama manusia seperti yang sering mereka tohmahkan kepada ahli-ahli UMNO.
Saya turut kesal kerana kenyataan beliau itu merupakan sesuatu yang amat melukakan bukan sahaja ahli keluarga arwah malah seluruh anggota pergerakan ini. Saya amat memandang serius akan perkara ini apatah lagi keluarga dan rakan-rakan terdekat arwah sedang melalui saat yang amat menyedihkan kerana kehilangan arwah.
Ini menambahkan tekanan yang tidak diperlukan ke atas mereka. Saya dan seluruh anggota Pergerakan Puteri UMNO ingin menuntut agar beliau membuat kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah dan berharap agar beliau bertaubat segera dan semoga mendapat pengampunan dari Allah SWT
| Read the full post
Posted by admin on 3 March 2010 | 0 Comments
KUALA LUMPUR: Umno Bahagian Ampang hari ini membuat laporan polis mengenai kenyataan berbentuk penghinaan dalam laman web sosial, Facebook yang dikeluarkan oleh seorang lelaki berkaitan kematian Ketua Puteri bahagian itu, Haslinda Zerain, baru-baru ini.
| Read the full post