Posted by Bernama on 30 October 2009 | 0 Comments
Tags:
Golongan Muda
KOTA BAHARU, 31 Okt (Bernama) -- Golongan pemuda di Kelantan di bawah kerajaan pimpinan PAS kini mula beralih sokongan kepada UMNO berikutan parti pembangkang di negeri itu dianggap ketinggalan zaman dalam perjuangan generasi baru. Ketua UMNO Bahagian Kota Baharu Datuk Mohd Fatmi Che Salleh berkata sambutan golongan muda terhadap UMNO amat menggalakkan setiap tahun berdasarkan peningkatan golongan itu dalam program politik anjuran mereka.
Misalnya, katanya, sejak sayap Puteri UMNO ditubuhkan lapan tahun lepas, penyertaan golongan muda adalah dingin sekali tetapi hari ini terdapat 400 wanita muda menyertai program motivasi sehari Puteri UMNO.
"Ini adalah suatu pencapaian. Terdapat perubahan paradigma di kalangan pemuda Kelantan masa kini. Keadaan semakin berubah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan program motivasi dan kepimpinan Puteri UMNO di sini pada Sabtu.
Berikutan perubahan positif itu, Mohd Fatmi meminta Puetri UMNO Kelantan meningkatkan kempen maklumat dan kesedaran khususnya di kawasan Parlimen Kota Baharu bagi meraih sokongan golongan muda.
Katanya setiap ahli juga digesa mendapatkan dua ahli baru setiap bulan untuk menyertai Puteri UMNO.
-- BERNAMA
| Read the full post
Posted by admin on 27 October 2009 | 0 Comments
Tags:
Perasmian Portal
Peredaran zaman serta kepantasan revolusi maklumat telah membawa cabaran dan impak yang tidak kurang hebatnya di mana ianya menuntut kita untuk memahami dan menangani isu dan informasi dengan bijak. Hal ini kerana rakyat khususnya generasi muda pada abad ini telah didedahkan dengan kepantasan teknologi maklumat dan komunikasi seperti internet dan laman blog yang menjadi saluran utama dalam penyebaran pelbagai maklumat, baik yang sahih mahupun spekulasi, provokasi, fitnah dan maklumat yang berbaur hasutan yang acapkali mempengaruhi pemikiran rakyat.
| Read the full post
Posted by Norila Daud on 16 October 2009 | 0 Comments
KUALA LUMPUR 15 Okt. - Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berharap agar perubahan sikap dan pendekatan pemimpin parti dan juga wakil rakyat dapat dilakukan secara menyeluruh menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13.
Menurutnya, ia bagi memastikan gelaran sombong yang dilabelkan kepada pemimpin UMNO sebelum ini dihapuskan sama sekali.
Katanya, perubahan secara menyeluruh perlu dilakukan segera agar UMNO dan pemimpinnya dapat diterima rakyat memandangkan masa semakin suntuk untuk menghadapi pilihan raya umum yang dijangka pada 2013.
``Selain berubah secara menyeluruh, pemimpin parti dan wakil rakyat perlu mempunyai satu sikap yang mana rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan selaras dengan gagasan 1Malaysia,’’ katanya.
Sumber - Utusan Malaysia
| Read the full post
Posted by admin on 16 October 2009 | 0 Comments
KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri Umno mahu sayap itu diangkat sebagai pengukuh dan penyokong kepada Umno, bukan sekadar untuk berkempen dan merayu undi ketika pilihan raya.
Ketuanya, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata Puteri Umno juga ada perjuangan bagi memartabatkan agama, bangsa dan negara, bukan pesaing kepada sayap lain.
Dalam ucapan sulung sebagai Ketua Puteri pada Perhimpunan Agung pergerakan itu, beliau berkata pergerakan itu juga mahu bergerak seiring dengan dua sayap lain iaitu Pergerakan Wanita dan Pemuda.
"Jika mereka (Wanita dan Pemuda) menjadi sayap, kita juga mesti terbang dengan sayap itu. Jika mereka menjadi tulang belakang, biarlah kita kekal menjadi tulang rusuk yang menjadi rasuk yang mengukuh.
"Rasuk pada tiang seri sebuah rumah yang kukuh berdiri tanpa sebatang pun kaku," katanya ketika menyampaikan ucapan dasar bertajuk "Menggarap 1Perjuangan, Mengukuh Puteri, Menjulang Parti."
Rosnah berkata, ahli pergerakan itu yang dikategorikan sebagai golongan muda, cantik, pandai, bergaya dan berpendidikan tinggi mesti peka kepada tuntutan semasa.
Katanya, ahli Puteri perlu sentiasa memikirkan perihal bangsa dan agama apabila kedudukan Umno yang semakin tidak selesa berikutan ungkitan demi ungkitan membabitkan perkara yang sudah pun dipersetujui perlembagaan.
Rosnah turut menggemukakan cadangan pindaan perlembagaan, mengumumkan kempen keahlian, membangkitkan isu pendidikan, kemiskinan bandar, ekonomi Melayu, bahasa, kerjaya, agama, kesihatan, 1Malaysia dan Portal Puteri Umno Malaysia.
| Read the full post
Posted by admin on 16 October 2009 | 0 Comments
Wanita, Pemuda, Puteri sifatkan amanat presiden bakar semangat
KUALA LUMPUR: Pemimpin tiga sayap Umno menyifatkan ucapan dasar Datuk Seri Najib Razak pada perasmian Perhimpunan Agung Umno pagi tadi, sebagai wadah permulaan bagi melakukan transformasi supaya parti diterima semua lapisan rakyat.
Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata impian Presiden parti untuk merakyatkan Umno akan diberi perhatian serius oleh pergerakan itu dengan pembabitan semua peringkat akar umbi.
"Ucapan presiden bakar semangat kami, ahli Umno dan kita semua mesti mara untuk harungi apa juga cabaran.
"Dua daripada isu yang dikupas presiden akan saya bawa ke dalam perjuangan Wanita, termasuk membina kekuatan minda dalam perjuangan," katanya.
Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin, berkata ucapan presiden yang menyentuh soal 1Malaysia cukup jelas menggambarkan Umno bukan parti bersikap perkauman.
"Saya begitu tertarik dengan apa yang presiden katakan mengenai pengurusan bantuan yang perlu sampai kepada golongan berhak dan layak dan jangan kita beri bantuan kepada mereka tidak lagi layak.
"Apabila kita sudah ada kekuatan diri jangan kita ambil apa yang patut diberi kepada golongan yang perlu bantuan," katanya.
Ketua Puteri, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata amanat Presiden yang mahu sifat kesukarelawan menjadi budaya di kalangan ahli perlu diterapkan kembali bagi memantapkan kedudukan sayap parti itu.
"Apa yang diucapkan Presiden mengenai semangat kesukarelawan ini selaras dengan apa yang kami bincangkan dalam perhimpunan Puteri semalam," katanya.
| Read the full post
Posted by Admin on 15 October 2009 | 0 Comments
KUALA LUMPUR 14 Okt. – Isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman hari ini melancarkan Portal Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia Putra (PW TC) di sini.
| Read the full post
Posted by admin on 15 October 2009 | 0 Comments
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Pergerakan Puteri UMNO mahukan identiti penulis-penulis blog yang ‘ligat’ menabur fitnah dibongkar dan dikenakan tindakan undang-undang.
| Read the full post
Posted by Admin on 15 October 2009 | 1 Comments
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Puteri UMNO mencadangkan agar semua ketua Puteri cawangan dilantik secara automatik sebagai perwakilan ke mesyuarat bahagian dan kuasa menandatangani borang permohonan ahli baru bagi membolehkan lebih ramai golongan muda menyertai UMNO.
| Read the full post
Posted by Admin on 15 October 2009 | 0 Comments

| Read the full post
Posted by Admin on 14 October 2009 | 1 Comments
KUALA LUMPUR 14 Okt. - Ketua Puteri UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin mengingatkan ahli-ahli pergerakan itu supaya tidak menjadi seperti kad 'touch n go' yang hanya bersemangat di hadapan pemimpin tetapi lewa dan lesu ketika di akar umbi.
Tegas beliau, sindrom selesa itu meletakkan UMNO dalam bahaya yang berhadapan cabaran getir menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13.
Setiap ahli pergerakan itu, kata beliau, sepatutnya insaf bahawa zaman selesa telah berakhir sebaliknya terus meningkatkan semangat perjuangan sehingga PRU Ke-13 nanti.
''Masa kita tidak lama, PRU Ke-13 menanti kita. Perancangan dan gerak kerja bermula pada detik dan saat ini. Kita perlu insaf dan sedar.
''Kita tidak boleh menjadi umpama kad 'touch n go' yang hanya berkobar-kobar semangat semasa mendengar pemimpin berucap, sebaik sampai ke bahagian atau cawangan, kita hilang kesungguhan,'' katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar Menggarap 1perjuangan, mengukuh Puteri, menjulang parti, pada Persidangan Perwakilan Puteri UMNO di sini hari ini.
Rosnah menegaskan, setiap ahli pergerakan itu seharusnya telah memulakan langkah membina kekuatan kerana 'menyesal kemudian tidak berguna.'
Beliau turut mengingatkan UMNO akan kehilangan apa yang dimilikinya jika tewas pada PRU Ke-13 nanti.
''Jangan bila kekalahan menjenguk, baru kita menyesal seribu bahasa. Waktu itu tiada megah lagi Putrajaya, Dewan mulia dan bangunan ini bertukar warna daripada merah hati kepada hijau atau biru laut yang tidak menjanjikan apa-apa.
''Waktu itu jawatan hanya tinggal nama, tidak gah dan tidak bermakna. Orang muda tidak kenal pemimpin UMNO. Kita hanya menjadi seorang wanita muda yang menjalani kehidupan biasa. Itukah yang kita mahu,'' tegasnya.
Puteri UMNO, jelas beliau, perlu sentiasa diikat dengan perasaan takut, gerun dan fear factor terhadap perubahan dan cabaran di sekeliling.
''Hanya dengan mempunyai kegerunan dan kebimbangan maka kita akan bekerja keras demi menyelamatkan parti, agama, bangsa dan negara,'' ujarnya.
Jelas beliau, kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang tidak seharusnya melalaikan ahli-ahli pergerakan itu.
Dari segi prestasi, tambah beliau, kemenangan BN itu tidak boleh dibanggakan kerana parti itu hanya menang dua pilihan raya kecil (daripada lapan yang ditandingi) selepas PRU Ke-12.
Sehubungan itu, Rosnah mengajak semua ahli pergerakan itu kembali bersatu dan melupakan segala persengketaan yang wujud ketika pemilihan parti itu pada Mac lalu.
Menurut beliau, Puteri UMNO itu perlu bergerak seiring dengan kehendak rakyat yang mahukan perubahan.
Tegasnya, ahli-ahli pergerakan itu tidak boleh berputus asa dan cepat mengaku kalah dalam usaha menarik sokongan ahli-ahli baru.
Beliau turut menyatakan sokongannya terhadap usaha meminda perlembagaan parti yang dilihat mampu membendung politik wang.
''Transformasi ini menuntut kita membuktikan bahawa parti kita bukan eksklusif sifatnya, jauh sekali bersifat elitis sebaliknya sifat parti kita adalah inklusif,'' katanya.
Dalam pada itu, beliau kecewa dengan sikap Pas yang terus menimbulkan pelbagai fitnah untuk memburukkan BN dan UMNO.
''Menggunakan kata-kata kesat, memaki hamun atau membenarkan orang lain menggunakan bahasa lucah, carutan, ungkapan kotor dan najis yang amat menjijikkan kononnya atas nama keadilan dan jihad,'' katanya.
| Read the full post