Pengumuman 


Keputusan Mahkamah Kes Liwat Anwar Bukti Badan Kehakiman Negara Bebas

Posted by admin on 9 January 2012 | 0 Comments

KUALA LUMPUR, 9 Jan –  Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata keputusan mahkamah berhubung kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim menunjukkan badan kehakiman negara bebas dan mengeluarkan pendapat serta keputusan tanpa memilih bulu.

0 comments | Read the full post

Puteri syor jawatankuasa khas pastikan kejayaan hala tuju transformasi ekonomi Bumiputera

Posted by admin on 3 December 2011 | 0 Comments

 

KUALA LUMPUR: Pergerakan Puteri UMNO hari ini mengesyorkan kerajaan mewujudkan jawatankuasa khas yang dianggotai pakar ekonomi dan profesional bagi memastikan kejayaan program Hala Tuju Transformasi Ekonomi Bumiputera. 

0 comments | Read the full post

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM SISWA SIHAT 1 MALAYSIA BAGI ZON TENGAH 2011

Posted by admin on 8 October 2011 | 0 Comments

UKM Bangi, 8 Oktober:  Program Siswa Sihat 1 Malaysia 2011 adalah merupakan salah satu Projek Perintis Kementerian Kesihatan Malaysia dalam mempromosikan dan mendidik masyarakat terutamanya siswa/siswi dalam mengamalkan cara hidup sihat. Program yang dijalankan di empat zon ini memfokuskan kepada amalan berjalan 10,000 langkah sehari dan mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian.

Empat Zon yang dimaksudkan di sini adalah Zon Utara (Universiti Utara Malaysia), Zon Tengah (Universiti Kebangsaan Malaysia), Zon Sabah(Universiti Malaysia Sabah) dan Zon Timur (Universiti Malaysia Terengganu). Untuk makluman, Program Siswa Sihat 1 Malaysia bagi zon utara telah dilancarkan di Universiti Utara Malaysia pada 23 September yang lalu. Pelancaran bagi Zon Tengah ini telah rasmikan oleh YB Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, disini semalam.

 Program yang berlangsung selama 2 hari ini, turut diserikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik di antaranya Permainan  Sukaneka, U-robik, U-race, Demontrasi memasak secara sihat dan Kafe Sihat. Di samping itu juga program ini turut menyediakan booth-booth seperti Pemeriksaan Kesihatan Asas, Amalan Pemakanan Sihat, Kaunter Sukarelawan V.O.G.U.E, Pameran U-Games, Proton dan pelbagai lagi.

Turut hadir pada program tersebut ialah Naib Canselor UKM Ybhg. Prof. Tan Sri Dato’ Wira Dr. Sharifah Hapsah Syeb Hassan Shahabudin dan wakil-wakil daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat, serta Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia.

0 comments | Read the full post

Puteri Lancar Klinik Bergerak 3P

Posted by admin on 25 August 2011 | 0 Comments

Shah Alam, 17 september -  Projek Puteri Prihatin(3P) merupakan sebuah program kebajikan khidmat masyarakat yang di laksanakan oleh Pergerakan Puteri UMNO Malaysia di peringkat bahagian-bahagian di seluruh Malaysia.

0 comments | Read the full post

Laporan Palsu Video Seks : Puteri UMNO Buat Laporan Polis Terhadap Anwar

Posted by on 19 August 2011 | 0 Comments

SUNGAI PETANI, 6 Sept – Pergerakan Puteri UMNO hari ini membuat laporan polis terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang didakwa membuat laporan palsu berhubung isu video seks pada Mac lalu.

0 comments | Read the full post

Sokong komunis: Puteri UMNO mahu Mat Sabu minta maaf

Posted by on 19 August 2011 | 0 Comments

Pergerakan Puteri UMNO mendesak Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu supaya meminta maaf kepada rakyat negara ini atas kenyataannya berhubung tragedi Bukit Kepong, yang mendakwa penyerang anggota keselamatan dan keluarga tragedi itu adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

0 comments | Read the full post

BUBUR LAMBUK

Posted by on 9 August 2011 | 0 Comments

Bagi menyemarakkan lagi kemuliaan Ramadan, Puteri UMNO Sabah mengagihkan 2,000 peket bubur lambuk di sekitar Jalan Tun Razak dan Jalan Datuk Salleh Sulong, Kota Kinabalu, semalam.

0 comments | Read the full post

1 2 3 4 511

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial