Pengumuman 


Beraneka Tudung

Posted by Admin on | 0 Comments

Tags:

Tudung Ekin selendang Siti dwi tone ini menggabungkan selendang Ct dual tone bermanik batu dan tudung ekin. Kombinasi ketiga-tiga elemen dalam satu gabungan tudung ini menghasilkan sesuatu yang diminati dan dicari ramai wanita.

Populariti tudung Ekin masih belum pudar walaupun kini terlalu banyak muncul pelbagai fesyen tudung serta jenis material yang membezakan antara satu sama lain. Kesinabungan populariti Siti Nurhaliza juga mencetuskan idea menghasilkan selendang yang dipanggil selendang Siti ini.

Selendang CT ini adalah gabungan 2 jenis warna yang dijahit menjadi sehelai selendang, manakala kemasan terakhir adalah dari segi hiasan manik-manik batu yang terdapat disepanjang pFesyen Tudung Ekin dengan sentuhan batu crystal octant swarovski ini adalah koleksi tudung terkini daripada Muhasabah Trading. Fesyen tudung ini menggabungkan gaya tudung ekin (highlight), gaya tudung ID (kain sintetik belah*) dan sebaris susunan batu kristal oktant swarovski yang semenganya berkilat dan memancar (orang kata batu hidup ).

Kesemua elemen sentuhan fesyen tudung terkini itu menjadikan tudung ini nampak 'simple' tetapi elegen. Kombinasi warna-warna kebanyakkannya adalah warna lembut. Keistimewaan pada fesyen tudung ini adalah pada awning lembutnya yang diperbuat daripada getah span, memberikan fleksibiliti pada 'kepala tudung' - tidak patah atau rosak. Batu kristal oktant swarosky ini pula dijahit pada bahagian 'awning' ; bukannya digam untuk memastikan ketahanan lekatan batu svarowski ini pada tudung ekin octant mata lalat.

Fesyen tudung terkini : butang belakang 2 ton warna koleksi Muhasabah Trading, cantik, menarik dan mempersonakan. Sangat sesuai untuk majlis keramaian, perkahwinan, atau bila-bila masa sahaja.

Menggunakan kain yang lembut dan selesa - kain spandex gred lembut sejuk, jatuh dan tidak mudah renyuk. Di bahagian belakang tudung terdapat butang yang boleh dikenakan untuk gaya yang lebih menarik (butang boleh dipasang / lepas)

Pilihan pelbagai golongan lapisan umur. Sesuai untuk pemakaian ke pejabat, waktu santai, majlis keramaian dan rasmi hari raya puasa/ haji serta bila-bila masa sahaja.

Source: http://www.blogger.com/feeds/216849086164435889/posts/default

 


Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial