Pengumuman 


Viewing entries tagged with 'Gaya Hidup'

MATLAMAT KEHIDUPAN

Posted by on 28 December 2009 | 0 Comments

Tags:

 

Sidang pembaca yang budiman. Masa begitu pantas berlalu, InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Muharram yang menandakan permulaan bagi awal tahun baru 1431 Hijrah. Setiap kali bermulanya awal tahun, ramai dalam kalangan kita akan memperbaharui azam dengan meletakkan sasaran atau matlamat kehidupan. Dalam usaha mencapai matlamat atau cita-cita, kita sering kali merintangi  onak dan duri, dihalangi oleh pelbagai kesulitan. Semakin tinggi matlamat, semakin bertambah hebat pula penghalangnya, semakin jauh cita-cita, semakin bertambah berat pula beban yang tertanggung, seolah-olah cita-cita dan kesulitan sentiasa beriringan. Berapa banyak jiwa yang terancam oleh kelemahan dan keletihan, lantaran itu langkah terhenti oleh rasa putus asa. Justeru, dalam semua lapangan kehidupan manusia harus mempunyai tujuan yang betul. Kehidupan tanpa sebarang tujuan dan matlamat yang betul adalah kehidupan yang hampa dan rugi. Manusia yang beruntung adalah yang sentiasa menjunjung tinggi  tujuan hidupnya yang murni sepertimana yang dikhabarkan melalui Firma Ilahi:

0 comments | Read the full post

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial