Pengumuman 

SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM PERJUANGAN KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA :: 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI :: MERDEKA MERDEKA MERDEKA SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE - 53 

Viewing entries tagged with 'Agama'

Islam Agama Kesejahteraan

Posted by on 11 January 2010 | 0 Comments

Tags:

 

Auguste Comte (1798-1857), ahli sosiologi Perancis dalam karya beliau Cours de Philosophie Positive berpendapat  bahawa masyarakat (society) telah ditakdirkan mengalami perjalanan sejarah secara yang progresif. Bermula dari zaman dimana segala ruang lingkup kehidupan manusia berasaskan agama, seterusnya beralih kepada zaman berteraskan metafizik dan kemuncaknya zaman positivisme. Dalam ertikata lain, pada zaman moden ini, “religion”, sebagaimana yang diungkapkan oleh Morrison I. Swift yang berfahaman anarki bahawa “its time is up” kerana “God” telah diisytiharkan oleh ahli falsafah German Friedrich Nietzsche “is dead”. Perisytiharan ini dibuat kerana “agama” dalam sejarah peradaban Barat telah gagal menjelaskan sifat serta hakikatnya, di samping menjadi instrumen segolongan manusia untuk menekan, memeras dan mengeksploitasi golongan manusia yang lain melalui ketetapan ajaran-ajarannya. 

0 comments | Read the full post

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial