Pengumuman 


Mengenai Kebimbangan Ceupacs Dalam Peningkatan Penguasaan Penjawat Wanita Dalam Perkhidmatan Awam

Posted by Yb. Datuk Rosnah Binti Hj. Abdul Rashid Shirlin on 24 February 2010 | 0 Comments

 Pergerakan Puteri UMNO kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Ahmad Shah Mohd. Zin mengenai kebimbangan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam  yang semakin meningkat sekarang.

Ternyata kebimbangan tersebut tidak berasas sama sekali dan menunjukkan kecetekan fikiran pemimpin pertubuhan itu sehingga sanggup mengeluarkan kenyataan berbaur pandangan tidak adil terhadap wanita.

Puteri percaya dan yakin pertambahan penjawat awam wanita seperti yang ditegaskan Cuepacs (hampir tiga perempat jawatan baru dalam perkhidmatan Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) diisi oleh wanita) adalah disokong oleh kebolehan serta keupayaan wanita itu sendiri.

Dan perkembangan itu sama sekali tidak akan memberi kesan jangka panjang terhadap kemajuan dan pembangunan negara seperti yang didakwa oleh Cuepacs.

Kenyataan yang disiarkan oleh Bernama itu ternyata bertentangan dengan aspirasi kesaksamaan gender yang diuar-uarkan oleh kerajaan selain menidakkan kebolehan dan keupayaan golongan wanita itu sendiri.

Cuepacs sepatutnya mencari jalan dan melihat faktor yang menyebabkan kekurangan kaum lelaki dalam jawatan sebagai pembuat dasar terutamanya dari sudut jumlah penuntut wanita di institusi pengajian tinggi yang sentiasa melebihi kaum lelaki.

Kenyataan bahawa dasar kerajaan sekarang hanya memperuntukkan 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita juga dinilai secara tidak tepat oleh Cuepacs.

Penetapan itu hanya melibatkan jawatan tertinggi dalam pentadbiran yang sehingga kini belum tercapai dan tidak terpakai kepada taraf yang selainnya termasuk sebagai PTD yang baru.

Puteri UMNO kesal kerana penyertaan wanita dalam perkhidmatan awam yang semestinya berasaskan merit dan kelebihan yang dimiliki dilihat sebagai mempunyai implikasi jangka panjang dalam pembangunan negara.

Ini kerana dalam banyak bidang biar pun wanita ternyata mempunyai kebolehan serta kelulusan akademik yang lebih baik daripada lelaki tetapi mereka tidak mendapat tempat di peringkat pembuat keputusan.

Sehubungan itu, Pergerakan Puteri UMNO mahu Setiausaha Agung Cuepacs memikirkan semula kenyataan beliau yang ternyata tidak mengambil kira sumbangan kaum wanita kepada pembangunan negara semata-mata kerana tidak boleh menerima hakikat bahawa jumlah wanita berkebolehan sekarang ini melebihi kaum lelaki.

Pergerakan Puteri UMNO juga percaya, dalam apa bidang sekali pun, penglibatan wanita adalah berasaskan merit dan ia sepatutnya seimbang dengan penyertaan kaum lelaki.

0 comments | Read the full post

Puteri Persoal Keikhlasan Guan Eng Tarik Balik Pembatalan Perarakan Maulidur Rasul

Posted by YB Datuk Rosnah bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin on 18 February 2010 | 0 Comments

Tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang membatalkan perarakan Maulidur Rasul dan kemudian membenarkan ia diadakan selepas dibantah pelbagai pihak menunjukkan gelagat pentadbiran Ketua Menteri, Lim Guan Eng yang suka bermain tarik tali.

Pergerakan Puteri UMNO berpendapat, ini jelas apabila pembatalan tersebut dikritik, Guan Eng segera menarik balik keputusan itu.  Sebaliknya jika perkara tersebut tidak disedari atau semua pihak berdiam diri sudah tentu Guan Eng akan kekal dengan keputusannya.

Sehubungan itu Puteri UMNO mahu rakyat terutamanya penduduk di Pulan Pinang melihat sendiri gelagat pemerintahan Guan Eng yang kononnya menghormati agama lain tetapi pada masa yang sama bertindak seperti cakap tidak serupa bikin.

Sikap suka bermain tarik tali itu juga menunjukkan betapa kerajaan negeri di bawah pimpinan Guan Eng tidak konsisten dengan pendirian mereka dan mempermain-mainkan sensitiviti penduduk beragama Islam.

Perkembangan terbaru ini cukup untuk menggambarkan corak kepimpinan sebenar DAP yang di peringkat awal bercakap mengenai akauntabiliti dan berkhidmat untuk rakyat.

Tetapi selepas setahun memerintah tembelang mereka pecah sehingga sanggup membatalkan acara memperingati kelahiran Rasulullah SAW yang sememangnya penting di kalangan umat Islam.

Justeru itu Puteri UMNO percaya keputusan untuk mengadakan semula perarakan Maulidur Rasul juga jelas menunjukkan pentadbiran Guan Eng yang mahu mendapatkan sokongan orang Melayu beragama Islam di Pulau Pinang.  Tetapi sejauh mana keikhlasan beliau berbuat demikian sememangnya boleh dipersoalkan

0 comments | Read the full post

Gesaan Gugur Pertuduhan Liwat Ada Udang Disebalik Batu

Posted by YB Datuk Rosnah bt. Hj. Abdul Rashid Shirlin on 18 February 2010 | 0 Comments

Gesaan 50 ahli Parlimen Australia supaya kerajaan menggugurkan pertuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh disifatkan sebagai `ada udang di sebalik batu’.

Pergerakan Puteri UMNO berpendapat banyak lagi kes melibatkan orang kenamaan di Malaysia yang boleh `mencemarkan imej negara’ tetapi tidak pula mendapat perhatian kumpulan ahli Parlimen di negara berkenaan.  Rasa pelik kerana kes Anwar mendapat perhatian kerajaan asing seolah-olah telah ada jalinan hubungan antara kumpulan ahli Parlimen negara berkenaan dengan Anwar.

Puteri UMNO tidak nampak di mana logiknya gesaan supaya pertuduhan kes liwat terhadap Anwar digugurkan dengan alasan mahu menjaga imej negara.   Apatah lagi ini bukan kali pertama kes liwat membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri itu dibicarakan di mahkamah dan Anwar sendiri tidak lagi berada dalam pentadbiran kerajaan.

Pergerakan Puteri UMNO juga berpendapat gesaan itu juga jelas menunjukkan cubaan campur tangan negara luar terhadap sistem mahkamah di Malaysia dengan mengemukakan alasan yang langsung tidak boleh diterima akal.  Pertuduhan liwat ke atas Anwar dibuat mengikut undang-undang dan bukannya semata-mata berteraskan kehendak atau kemahuan pihak berkuasa di negara ini.

Sudan tentu ada agenda tersembunyi di sebalik gesaan negara luar yang mengetahui dengan jelas dasar tidak campur tangan yang sepatutnya menjadi pegangan setiap negara.

Rakyat Malaysia harus bijak menganalisis sebab dan alasan gesaan tersebut dikemukakan sedangkan banyak lagi kes lain yang melibatkan bekas pemimpin negara tidak dihiraukan oleh ahli-ahli Parlimen di negara luar.

0 comments | Read the full post

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial