Pengumuman 

SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM PERJUANGAN KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA :: 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI :: MERDEKA MERDEKA MERDEKA SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE - 53 

Keputusan Mahkamah SPRM Ada Kuasa Siasat Kes Rasuah Tanpa Batasan Masa

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Pergerakan Puteri UMNO mengalu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan semalam mengembalikan kuasa kepada SPRM untuk menyiasat kes-kes rasuah tanpa batasan masa. 

0 comments | Read the full post

Kempen Menyerang UMNO Mulai Tahun Depan

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Pergerakan Puteri UMNO percaya kempen menyerang UMNO secara besar-besaran oleh Pas mulai tahun depan bertujuan melemahkan UMNO yang kini semakin menampakkan penyatuan di bawah kepimpinan YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

0 comments | Read the full post

Peletakan Jawatan CEO PMBK

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Peletakan jawatan menantu Menteri Besar Kelantan, Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang hanya berkuatkuasa 23 Mac tahun depan menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena dalam keputusan tersebut.

0 comments | Read the full post

Kenyataan Ahli Parlimen Taiping Mengenai Pembinaan Masjid

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Pergerakan Puteri UMNO kesal di atas kenyataan Nga Kor Ming yang mempersoalkan peruntukan besar kerajaan untuk pembinaan masjid-masjid di seluruh negara sepanjang tempoh 2000-2008.  Kenyataan tersebut jelas menimbulkan kemarahan umat Islam di negara yang penduduk majoritinya beragama Islam dan agama rasminya juga agama Islam.  Malah negara yang bernama Malaysia ini dinaungi pemerintah yang juga beragama Islam.

0 comments | Read the full post

Mengenai Tindakan Biadap Pemimpin DAP

Posted by Admin on 31 December 2009 | 1 Comments

Tags:

Pergerakan Puteri UMNO kesal dengan tindakan biadap pemimpin-pemimpin DAP memijak poster tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas semasa konvensyen parti itu di Ipoh Ahad lalu.

1 comments | Read the full post

Isu Chin Peng

Posted by Admin on 31 December 2009 | 0 Comments

Tags:

Pergerakan Puteri UMNO menggesa semua pihak di negara ini berhenti daripada membangkitkan sebarang isu bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng termasuk dakwaaan beliau meminta maaf di atas keganasan yang dilakukan anggota parti itu terhadap rakyat negara ini.

0 comments | Read the full post

MATLAMAT KEHIDUPAN

Posted by on 28 December 2009 | 0 Comments

Tags:

 

Sidang pembaca yang budiman. Masa begitu pantas berlalu, InsyaAllah, beberapa hari lagi kita akan menyambut kedatangan bulan Muharram yang menandakan permulaan bagi awal tahun baru 1431 Hijrah. Setiap kali bermulanya awal tahun, ramai dalam kalangan kita akan memperbaharui azam dengan meletakkan sasaran atau matlamat kehidupan. Dalam usaha mencapai matlamat atau cita-cita, kita sering kali merintangi  onak dan duri, dihalangi oleh pelbagai kesulitan. Semakin tinggi matlamat, semakin bertambah hebat pula penghalangnya, semakin jauh cita-cita, semakin bertambah berat pula beban yang tertanggung, seolah-olah cita-cita dan kesulitan sentiasa beriringan. Berapa banyak jiwa yang terancam oleh kelemahan dan keletihan, lantaran itu langkah terhenti oleh rasa putus asa. Justeru, dalam semua lapangan kehidupan manusia harus mempunyai tujuan yang betul. Kehidupan tanpa sebarang tujuan dan matlamat yang betul adalah kehidupan yang hampa dan rugi. Manusia yang beruntung adalah yang sentiasa menjunjung tinggi  tujuan hidupnya yang murni sepertimana yang dikhabarkan melalui Firma Ilahi:

0 comments | Read the full post

Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial