Pengumuman 

SALAM KEMERDEKAAN DAN SALAM PERJUANGAN KEPADA PERGERAKAN PUTERI UMNO MALAYSIA :: 1MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI :: MERDEKA MERDEKA MERDEKA SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE - 53 

40 pelajar kurang mampu terima sumbangan sekolah

Posted by on 28 December 2009 | 0 Comments


PULAU PINANG 23 Dis. – Nasib keluarga mangsa banjir di tiga kampung di kawasan Teluk Kumbar di sini yang masih terbeban terutama bagi persediaan persekolahan anak terus mendapat perhatian.

Puteri UMNO negeri dengan kerjasama Yayasan Pelajaran Mara (YPM) hari ini menyumbangkan 40 beg sekolah dan alat perkakasan persekolahan kepada pelajar sekolah rendah di kawasan berkenaan dalam satu majlis di Dewan Gerakan Masyarakat Teluk Kumbar di sini.

Sumbangan itu disampaikan Naib Ketua Puteri UMNO negeri, Idamoerni Zakaria pada majlis itu yang turut dihadiri ibu bapa dan pelajar dari tiga kampung terlibat iaitu Kampung Teluk Kumbar, Kampung Bukit Gemuruh dan Kampung Nelayan.

Ini sumbangan kedua Puteri UMNO negeri kepada mangsa banjir di kawasan berkenaan selepas menyumbangkan beras 22 November lalu.

Menurut Idamoerni, sumbangan pada hari ini tanda komited pihaknya membantu mereka yang memerlukan terutama yang dilanda musibah.

“Sumbangan ini walaupun tidak seberapa tetapi ia tanda keprihatinan Puteri UMNO terhadap mereka yang ditimpa kesusahan akibat bencana banjir.

“Kita harap dengan bantuan ini akan meringankan bebanan ibu bapa menyediakan kemudahan persekolahan anak-anak, kita memahami banyak barang persekolahan mungkin telah musnah atau rosak semasa banjir,” katanya.

Tambah Idamoerni, pihaknya juga sentiasa mengharapkan bantuan daripada masyarakat untuk mengenal pasti mereka yang mengalami masalah dan perlu dibantu.

“Kalau kami dengar masalah anda, kami akan cuba bantu. Ini janji kami untuk memastikan semua masyarakat dapat sama-sama bergerak seiring dengan yang lain.

“Namun, perkara ini memerlukan komitmen semua pihak untuk sama-sama membantu,” katanya.


Sumber utusan


Pautan   Pautan Khas Suapan Berita Pautan Sosial