30 kanak-kanak OKU dapat bantuan
Posted by on 4 January 2010 | 0 Comments
PETALING JAYA: "Saya gembira kerana masih ada pihak yang prihatin dan sudi menghulurkan bantuan kepada anak Golongan Kurang Upaya (OKU)" kata Timbalan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Anak OKU Sekolah Taman Medan, Rozita Sayuti.
Perasaan itu dilahirkan selepas 30 kanak-kanak kelas khas sekolah itu menerima sumbangan beg sekolah dan alat tulis disumbangkan Pergerakan Puteri Umno.
Sumbangan disampaikan ketuanya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin di Dewan Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Taman Datuk Harun.
Rozita berkata, program dianjurkan itu adalah sesuatu yang baik kerana memberi pendedahan kepada orang ramai untuk lebih mengenali golongan istimewa dan mendekatkan mereka dengan masyarakat.
Beliau berkata, satu kelas di sekolah terbabit dibuka pada 2007 bagi membantu kanak-kanak istimewa mendapat pendidikan seperti kanak-kanak normal lain.
Sumber dari Harian Metro.