24 tadika sertai karnival keluarga
Posted by admin on 29 May 2012 | 0 Comments

PETALING JAYA 28 Mei - Sebanyak 24 tadika sekitar Petaling Jaya Selatan (PJS) telah menyertai Karnival Keluarga Ceria Puteri UMNO PJS bersama Kemas PJS yang diadakan di Sekolah Rendah Kebangsaan Taman Medan, baru-baru ini.
Ketua UMNO PJS, Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik berkata, program tersebut merupakan siri jelajah kali ketiga dan juga penutup sejak karnival itu diadakan sejak Mac lalu.
Katanya, sambutan yang hebat diterima dari kalangan ibu bapa dan anak-anak mereka yang telah menyertai pelbagai program serta pertandingan yang telah dijalankan.
"Acara seperti ini amat baik dan harus diteruskan kerana ia dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan di samping dapat membina persefahaman di dalam keluarga.
-utusan